Monday, May 26, 2008

Salam Pengenalan

Assalamualaikum,

Dengan lafaz Bismillah, diriku ucapkan syukur kehadrat ALLAH SWT dengan limpah rahmatnya diriku masih menghidup udara segar bumi Malaysia yang tercinta ini. Keinginanku yang sangat mendalam di dalam dunia blogger ini membuatkan diriku ingin turut serta untuk bergelar insan yang bernama Blogger. Takdir ALLAH SWT telah membuktikan kepada dunia bahawa dunia 'MAYA' blogger ini merupakan wadah perjuangan penduduk Malaysia "Tanah Airku & Tanah Tumpah Darahku". Ini merupakan kuasa baru yang pasti memanaskan mata dan telinga pihak yang mengambil TAHU. Kata2 ayahanda ku berkenaan Sultan Melaka bukanlah bertujuan untuk menderhaka kepada Sultan Melaka. Tetapi hanya untuk menafsirkan dan juga menghebahkan kepada semua pemimpin Malaysia (sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat) agar jangan menzalimi rakyat setelah berkuasa. Jangan terlalu alpa dan leka dengan kekuasaan yang ada. Jadilah seorang yang amanah. Hanya ALLAH SWT Yang Maha Berkuasa Bagi Sekalian Alam. Ku berdoa kepada ALLAH SWT semoga ayahanda Jebat sentiasa berada bersama orang2 Soleh- Amin. Kepada rakan seperjuanganku yang telah lama berjinak di dalam dunia Blogger ini, diriku dengan tulus hati ingin memohon ampun dan maaf serta berikanlah tunjuk ajar yang ikhlas. Segala pandangan dan komen akan diberi perhatian khusus. Insya-ALLAH. Yang baik itu daripada ALLAH SWT "Tuhan Sekalian Alam" dan buruk itu dari kelemahan & kejahilan diriku ini. Wassalam.