Sunday, August 31, 2008

Akademi Nasyid Final Di TV9


Akhirnya saudara Azhan berjaya menjuarai Akademi Nasyid TV9. Beliau adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Piai, Johor. Tahniah diucapkan kepada beliau. Dan juga jutaan terima kasih kepada seluruh peminat beliau kerana memberi undian SMS. Semoga irama Islam @ nasyid kekal sepanjang zaman. Takbir! ALLAHU AKHBAR!

Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak

Jangan Bohong Sejarah Merdeka

Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

www.tukartiub.blogspot.com

Anakanda Jebat: UMNO sanggup berbohong demi kepentingan diri..Masya-Allah..

Perutusan DSAI: Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan

31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa.

51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia.

Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.

Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.

Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Merangkap Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
dan Ahli Parlimen Permatang Pauh

www.anwaribrahimblog.com

Malaysia Kini Di Landasan Yang Benar?

Berikut adalah antara fakta menarik yang saya petik daripada teks penuh perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-51 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang dimuat-turun daripada utusan on-line sebentar tadi.

Untuk tempoh jangka panjang pula, saya yakin bahawa negara kita hari ini, berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju yang berdaya saing dan mampu berdiri sama tinggi, jika tidak lebih lagi, dengan negara-negara maju yang lain.

Dari segi ekonomi, asas-asas akan terus diperkukuhkan agar matlamat untuk menjadi sebuah negara dengan nilai ekonomi yang lebih tinggi dan efisyen berasaskan ilmu pengetahuan akan dicapai.

Perjalanan perjuangan kita masih jauh lagi. Masih banyak yang perlu kita lakukan. Matlamat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri; sebuah negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan yang gemilang untuk setiap rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Saya amat yakin dan percaya bahawa matlamat ini tidak mustahil untuk dilaksanakan jika setiap dari kita rakyat Malaysia, bersatu hati dan bersatu tenaga, mengetepikan segala perbezaan dan prejudis yang ada dan bangkit sebagai rakyat yang memiliki ketahanan bagi menghadapi segala musuh dan cabaran.

Untuk membaca teks sepenuhnya sila akses: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

www.kuda-kepang.blogspot.com

Khairy Akan Ambil Alih PETRONAS?

Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.

Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.

Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.

Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.

Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.

Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.

Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.

Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.

Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.

Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

Anakanda Jebat: Terang lagi bersuluh...Khairy memang agen Singapura...

Tuesday, August 12, 2008

Jika Islam Tidak Dominan, PAS Wajib Tarik Diri. (Siri 2)

Saya mendapat maklum balas dalam bentuk pro dan kontra dalam isu yang di kemukakan. Sikap saya terhadap khilaf ini adalah positif selama ia berlangsung dibawah pengaruh ilmu (nas) dan adab ikhtilaf. Semoga Allah swt. memberi petunjuk dan kekuatan kepada hambanya yang ikhlas berjuang.

Ada beberapa perkara yang perlu saya buat penegasan semula terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk “Cadangan : Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri ” bagi menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan.

bersambung disini

Jika Islam Tidak Dominasi, PAS Wajib Tarik Diri. ( Siri 2 )


Saya mendapat maklum balas dalam bentuk pro dan kontra dalam isu yang di kemukakan. Sikap saya terhadap khilaf ini adalah positif selama ia berlangsung dibawah pengaruh ilmu (nas) dan adab ikhtilaf. Semoga Allah swt. memberi petunjuk dan kekuatan kepada hambanya yang ikhlas berjuang.

Ada beberapa perkara yang perlu saya buat penegasan semula terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk “Cadangan: Jika Islam Tidak Dominan, PAS Wajib Menarik Diri ” bagi menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan.

bersambung disini

Respon Terhadap Tulisan Ust Hj Nasruddin Tantawi

Rasa gerun juga untuk memberi respon terhadap tulisan (Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri) seorang yang hebat seperti Ust Nasaruddin Tantawi. Tetapi bagi saya, ia sekadar pandangan peribadi dan bukan lagi pandangan jemaah.

Benar.... kita perlu rasa bimbang mengenai apa yang akan terjadi dengan PAS jika 16 September 2008 ini benar-benar BN terhumban.

Jika benar apa yang didakwa oleh Ust Nasruddin mengenai 30 MP yang bakal terjun kepada Pakatan Rakyat kebanyakannya non muslim, apakah nasib Islam? adakah semakin lemah @ semakin kuat?.....

teruskan baca disini

Jika Islam Tidak Dominan, PAS Wajib Tarik Diri


Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September ini. Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 September.

Saya hanya menjawab Wallahua'lam (Allah swt. sahaja Yang Maha Mengetahui). Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi...

teruskan baca disini

Pak Bakaq @ Penarik Beca Sudah Kembali


Kayuh cermat jiwa selamat,

Gatal jari tangan digari,

Kalau memblog tidak berhemat,

Dicekup polis di malam hari...

Serangkap pantun dari posting ~penarik beca

Monday, August 11, 2008

Pesanan dari Pak Bakaq @ Penarik Beca

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Buat sementara waktu ini abah saya tidak dapat untuk update blog ini, berikutan kes hari itu. Komputer peribadi (bukan laptop) dan juga modem diambil oleh pihak polis sebagai barang siasatan. Jadi tiada sebarang penulisan dari abah sehinggalah masalah komputer dan modem ini selesai.

Abah saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat, dorongan dan simpati terhadap abah. Sesungguhnya hanya Allah swt yg dapat membalasnya.

Berkenaan posting yang mengheret abah ke lokap baru-baru ini, abah saya memang menyesali dengan tindakannya meletakkan atau dalam kata lain "copy-paste" logo didalam posting tersebut. Walaubagaimana pun, abah tetap mempertahankan kenyataan dan ulasan yang dibuat didalam postingnya dan tidak akan sekali-kali menarik semula kenyataan itu. Abah berjanji akan buang crest itu bila masalah komputernya selesai. Insya-Allah, harap bersabar.

My dad wish a new malaysia for all and a reformed malaysian police, he also tenders his apologies to the entire police force. Dad told me, "i'm a dreamer, damn dreamer". Abah dah sedia didakwa dan menghadapi kemungkinan dihukum penjara. Keluarga juga insya-Allah akan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Abah juga kirim salam untuk semua dgn lafaz assalamualaikum.

Kami anak-anak abah juga Umi, sentiasa memberi sokongan kepada abah, kerana kami tahu abah melakukan perkara yang betul (kecuali logo tersebut, saya sependapat dengan abah, kami memang kesal) cuma kami agak terkejut ketika dikhabarkan berita penangkapan tersebut. Yang paling kami risaukan adalah masalah kesihatan abah, yang lain-lain saya tahu abah pasti dapat tangani dengan baik. Bukanlah saya terlalu yakin tanpa asas hanya semata-mata kerana dia adalah abah saya. Tapi saya menilainya sebagai seorang yang matang, berpendirian tegas juga tak gusar jika perkara yang dibawa itu adalah benar. Walaupun kami jauh dari rumah, kami (saya dan baqir) sentiasa berada disamping umi dan abah(iyah dan sadiq juga) pada setiap saat dan ketika, jatuh atau bangun, sakit atau sihat, sedih atau gembira.

Doa dan harapan kami hanya satu, semoga kebenaran akan terbukti dan kajahilan akan jatuh disaksikan seluruh alam. Kerana yang melaksanakan adalah Allah swt kita manusia hanya merancang. Walau selicik mana pun kita merahsiakan kekufuran dan kezaliman kita, pasti satu hari Allah akan membukanya satu persatu.. Pasti!!! Tunggu dan lihat sahajalah saat itu..

Salam Perjuangan,
Kak Long
Tanjung Malim. ..

dr ~penarik beca

Perbezaan Antara Anjing Dan Harimau


VERSUS


Saudara sekalian, terdapat kemuliaan pada binatang2 di atas antara harimau dengan anjing tetapi yang mana satu paling mulia?
Tak caya cuba masuk posting nih perisik-rakyat .

Thursday, August 7, 2008

Pengundi Permatang Pauh Usah Mudah Percaya Fitnah - Nik Aziz

KOTA BHARU, 7 Ogos (Hrkh) - Pengundi di Permatang Pauh diharap tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang sengaja disebarkan pihak lawan bagi memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengundi di kawasan parlimen itu tidak usah menerima andaian dibuat pihak tertentu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Ini kerana dalam kes tuduhan liwat beliau belum diputus bersalah kerana dakwaan kes itu masih di peringkat awal perbicaraan.

"Ini belum mencalar imejnya hanya dengan dakwaan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos ini berikutan penyandangnya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Penamaan calon pilihan raya itu akan diadakan pada 16 Ogos. Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pilihan raya itu dianggap berat sebelah memandangkan Umno tiada tokoh untuk berdepan dengan Anwar sekiranya pilihan raya dikendalikan secara adil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kehadiran Anwar ke parlimen cukup penting bagi rakyat Malaysia bagi memulih semula banyak kepincangan yang berlaku sekarang.

"Anwar mempunyai banyak penglaman dalam kerajaan di mana beliau pernah mengetuai Kementerian Kewangan di samping tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Lagi pun hendak cari pemimpin Melayu yang mempunyai ketokohan seperti Anwar begitu sukar terutamanya imej agamanya ketika memimpin Abim," ujarnya.

Sementara itu beliau menyokong saranan pelbagai pihak supaya Forum Memeluk Islam yang akan dianjurkan Majlis Peguam dibatalkan kerana ia tidak mendatangkan banyak manfaat.

Ini kerana kata beliau sehingga sekarang sudah berjuta orang bukan Islam yang menganut agama Islam.
"Daripada mengadakan forum memeluk Islam lebih baik diadakan forum berkaitan perbandingan agama," katanya.

Majlis Peguam dilaporkan akan mengadakan forum awam bertajuk Memeluk Islam yang dijangka menyentuh perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam antaranya mahkamah tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Mahfuz Kecam Penahanan Pengendali Blog Penarik Beca

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mengecam tindakan polis menahan pengendali blog Penarik Beca sejak semalam, dan remannya disambung untuk sehari lagi.

Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Tindakan ini kata Mahfuz menunjukkan betapa tidak cekap dan tidak profesionalnya polis dalam mengendalikan kes-kes seperti ini.

"Tindakan polis menahannya di rumah satu perkara yang tidak profesional, kerana polis boleh menghubungi
Penarik Beca dan meminta beliau ke balai, ini pernah dilakukan ke atas pengendali web, Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin, dalam kes Penarik Beca polis sepatutnya bertindak seperti kes Raja Petra," ujarnya sebentar tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Mahfuz percaya pengendali blog tersebut adalah seorang yang berani justeru Penarik Beca boleh datang ke balai untuk disiasat tanpa perlu penahanan dibuat.

Mahfuz juga kesal dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan isteri mangsa sebab-sebab penahanan dan siasatan.

Mengulas lanjut penahanan itu Mahfuz mempersoal kewajaran polis melanjutkan penahanan Penarik Beca sedangkan sepatutnya pasukan itu boleh menyelesaikan sesi siasatan dalam masa sehari.

"Inikah yang dikatakan polis bersih cekap dan amanah, sedangkan dalam kes ini mereka tidak mampu menyelesaikan siasatan dalam tempoh sehari," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa penahanan tersebut adalah satu tindakan yang dilihat hanya untuk menutup kes tertentu yang akhirnya memangsakan pihak yang melaporkan.

Amat malang sekali jika penahanan sedemikian adalah bersifat untuk melindungi kepentingan pihak tertentu, katanya lagi.

Justeru beliau mendesak polis membebaskan segera tanpa sebarang pendakwaan ke atas pengendali blog terbabit.

Terdahulu, isteri pengendali blog terbabit, Salwa Abdul Samad mengesahkan kepada Harakahdaily suaminya ditahan untuk sehari lagi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam Rabu, 6 Ogos di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa.

Blogger Penarik Beca Dilanjutkan Tahanan Satu Malam Lagi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Perkara ini disahkan isteri beliau, Salwa Abdul Samad kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam semalam di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa.

Saiful Tidak Diliwat - Dr Mohamed Osman

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malaysiakini melaporkan,Dr Mohamed yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful. - mks._

Ceramah DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

Siri Jelajah Menuju ke Putrajaya.

Tempat: Pangsapuri Idaman, depan Politeknik Seberang Jaya.
Waktu: 9pm
Tarikh: Sabtu ini 9/8/2008

Manakala pada pagi Ahad DSAI akan solat hajat dan memberi kuliah Subuh di Permatang Pauh.

Sila hubungi Rozi untuk keterangan lanjut: 0195252552 .

Debat Antara Tsu Koon vs Guan Eng Pada 20 Ogos di Shah Alam

KUALA LUMPUR: Debat terbuka antara Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan tetap diadakan.

Ia akan dianjurkan portal berita Agenda Daily pada 20 Ogos di Shah Alam, dengan tempatnya akan diumumkan kemudian.

Debat itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen milik Kumpulan Media Prima, akan menyentuh mengenai pelbagai isu semasa dengan menumpukan kepada isu di Pulau Pinang kecuali isu “kontroversi penipuan tanah" yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Kedua-dua pihak bersetuju dengan lokasi itu (Shah Alam). Mereka bersetuju yang debat itu diadakan dalam Bahasa Melayu berdasarkan format debat presiden Amerika Sysrikat dan Datuk Johan Jaafar sebagai perantaranya,” kata editor berita Agenda Daily Hanafiah Man hari ini.

Bagaimanapun, mereka masih belum mencapai kata sepakat mengenai tajuk debat itu walaupun mereka bersetuju yang topiknya ada mengenai isu semasa dan berkaitan Pulau Pinang.

Protal berita itu sebelum ini menganjurkan debat mengenai kenaikan harga minyak dan implikasinya terhadap sosioekonomi antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama

Penulis Blog Ditahan Polis Berhubung Artikel Berkaitan Polis

KUALA LUMPUR: Penulis blog 'Penarik Beca', Abu Bakar Mohd Rashid, 50, ditahan polis malam tadi berikutan artikelnya berkaitan dengan polis dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Superintendan Victor Sanjos, berkata Abu Bakar ditahan jam 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan “Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina,” kata Sanjos di sini hari ini.

Sanjos berkata polis turut merampas satu unit komputer riba untuk siasatan lanjut.

"Penulis itu yang ditahan selama dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi akan dibebaskan esok," katanya. — Bernama

Polis Akan Siasat Penyebaran Akuan Bersumpah Dr Mohamad Osman (Doktor Hospital PUSRAWI)

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat penyebaran akuan bersumpah, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan di Hospital Pusrawi yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

“Saya tak nak komen pasal tu (akuan bersumpah)...biar kita siasat,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hari ini.

Akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos itu disiarkan dalam laman blog MalaysiaToday yang menyatakan Dr Mohamed Osman tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohamad Saiful.

Pada 28 Jun lalu, Mohamad Saiful yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh Dr Mohamad Osman di Hospital Pusrawi.

Dalam laporan perubatannya, doktor itu mendakwa beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Pada 30 Julai lalu, Hospital Pusrawi menyatakan Dr Mohamad Osman ada membuat pemeriksaan ke atas Mohamad Saiful, namun beliau tidak membuat pemeriksaan berkaitan liwat. — Bernama

Saiful Pengadu, Saksi Utama dan Tidak Akan Dituduh: Syed Hamid

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan dituduh di mahkamah kerana beliau adalah pengadu serta saksi utama kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini berkata agak mustahil pengadu terhadap kes jenayah yang dilakukan terhadap dirinya didakwa di mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia, di sini, petang ini.

Awal hari ini, Anwar mempersoalkan kenapa hanya dirinya dituduh dengan kesalahan itu.

Beliau berkata kertas pertuduhan yang dikemukakan hari ini secara jelas menyatakan Mohd Saiful bersetuju melakukan perbuatan seperti didakwa dan pendakwaan sepatutnya juga turut mendakwanya.

Anwar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23.


Anakanda Jebat - Terang Lagi Bersuluh. Kamu memang otak PENIPU.

DS Anwar Dakwa Pertuduhan Liwat Kekurangan Bukti

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadapnya kekurangan bukti dan mempersoalkan kenapa hanya dirinya dituduh dengan kesalahan itu.

Anwar berkata kertas pertuduhan yang dikemukakan hari ini secara jelas menyatakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersetuju melakukan perbuatan seperti didakwa itu dan pendakwaan sepatutnya juga turut mendakwanya.

“Laporan awal Mohd Saiful kepada doktor mendakwa yang beliau diserang tetapi laporan polisnya masih belum diberikan kepada kami. Jadi anda tahu kenapa laporan itu masih belum diberikan kepada kami. (Jadi) supaya mereka (pendakwaan) boleh menipu kami,” katanya kepada media selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meliwat di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merujukkan kesnya itu sebagai rogol, tetapi pertuduhan hari ini menyatakan atas persetujuan.

“Pertuduhan itu bertujuan untuk memalukan saya, tetapi saya tidak malu. Saya melihatnya sebagai permainan politik,” katanya dan menurutnya laporan perubatan itu telah disesuaikan untuk memastikan pendakwaan boleh mendakwanya dengan pertuduhan liwat.

Anwar juga berkata beliau gembira dengan keputusan PKR malam tadi untuk meneruskan kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh walaupun beliau berdepan dengan pertuduhan itu. Penamaan calon ditetapkan 16 Ogos dan pengundian pada 26 Ogos jika ada pertandingan. — Bernama

DS Anwar Persoal Mengapa Saiful Tidak Dituduh

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempersoalkan bagaimana tuduhan liwat secara sukarela terhadapnya sedangkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathi Suppiah membenarkan Anwar, yang akan menyambut hari jadinya ke-61 Ahad ini, dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful.

Siapakah Aku?





DS Anwar Pulang Ke Rumah 11.49 pagi


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang semula ke kediamannya di Bukit Segambut di sini pukul 11.49 pagi ini, tidak lama selepas didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta.

Ketibaannya bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya di rumah tersebut diiringi beberapa kenderaan yang berkonvoi dari mahkamah, disambut kira-kira 20 orang penyokongnya.

Beliau dan isteri serta anak-anak kemudian terus memasuki rumahnya sambil melambai tangan ke arah wartawan.

Sebelum itu, di mahkamah, Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful dan mendakwa mendakwa pertuduhan itu dibuat dengan niat jahat dan khianat.

Pertuduhan berbunyi: Anwar didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan membenarkan Anwar diikat jamin RM20,000 dengan bon jaminan peribadi .

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September ini untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi. - Utusan

Benarkan Ikat Jamin, Mahkamah Dianggap Adil?: Sankara Nair

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang daripada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair menyifatkan keputusan Mahkamah Sesyen di sini sebagai adil kerana membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin.

"Pasport juga tidak diambil, ia bukti mahkamah ini adil dan beri kelonggaran,’’ katanya. - Utusan

DS Anwar Dibela 9 Peguam

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melakukan seks luar tabii akan dibela oleh pasukan sembilan peguam diketuai oleh Sulaiman Abdullah.

Mereka yang lain ialah R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd. Razlan Jelaludin.

Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Ketua Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Mohd. Yusof Zainal Abiden; Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun; Mohamad Hanafiah Zakaria dan Shamsul Sulaiman.

DS Anwar Mengaku Tidak Bersalah Liwat Bekas Pembantu

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun lalu.

Anwar membuat pengakuan dengan mendakwa pertuduhan itu dibuat dengan niat jahat dan khianat.

"Saya tidak bersalah!,'' kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Pertuduhan berbunyi: Anwar didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Pendakwaan yang diketuai Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun mencadangkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Barisan sembilan peguambela diketuai Sulaiman Abdullah membantah cadangan itu dan memohon supaya Anwar dibebas dengan jaminan peribadi dan juga tidak mengenakan syarat menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan membenarkan Anwar diikat jamin RM20,000 dengan bon jaminan peribadi.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September ini untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi. - Utusan

Pemimpin Pembangkang Turut Hadir di Mahkamah

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pemimpin-pemimpin parti pembangkang, Lim Kit Siang, Gobind Singh dan Datuk Husam Musa hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira pukul 9.30 pagi ini. - Utusan

DS Anwar Tiba 9.37 pagi

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada kira-kira pukul 9.37 pagi ini.

Beliau bagaimanapun, `terperangkap’ selama 15 minit berikutan diserbu oleh puluhan wartawan yang mengerumuni kenderaannya.

Sejurus keluar dari kenderaan, beliau bersama Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar. - Utusan

DS Anwar Bertolak Ke Mahkamah Jam 9.28 pagi


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya pada pukul 9.28 pagi ini untuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi menghadiri prosiding pendakwaan tuduhan melihat terhadapnya hari ini.

Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah menaiki kenderaan.
Kereta beliau yang diserbu para petugas media tidak memberi sebarang kenyataan sambil tersenyum dan sekadar berkata `dah terlambat’ (untuk ke mahkamah). - Utusan

Lebih 200 Polis Berkawal di Kompleks Mahkamah Jalan Duta

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Keadaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini, tenang dan terkawal dengan kehadiran lebih 200 polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Mereka berkawal sejak 7.30 pagi bagi memastikan kawalan keselamatan terjamin ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PRK), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah itu, pukul 10 pagi ini atas tuduhan melihat.

Orang ramai termasuk media yang ingin memasuki dewan mahkamah juga dikehendaki mencatat nama bagi langkah sama. - Utusan

Saturday, August 2, 2008

Pemerintah Naning Susun Strategi Perang Gerila & Guna Senjata Tradisional Untuk Tumpaskan Askar British Ketika Peperangan Empat Bulan











ADA kejadian aneh dan mistik yang diceritakan berlaku ketika tentera British cuba menjajah ibu kota Naning iaitu Taboh dengan menyerang pejuang Melayu, Dol Said serta pasukannya dalam Perang Naning Kedua 1832.

Seperti diceritakan beberapa penduduk lama kawasan itu, apabila tentera penjajah cuba mendatangkan kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasan Alor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuai Penghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanah air mereka.

Bagaimanapun, peristiwa misteri dan ajaib adalah demi membela tanah air, penentangan terhadap segerombolan tentera British itu tidak saja disertai penduduk watan tetapi turut disertai ribuan serangga Naning iaitu serangga yang seakan-akan penyengat besar.

Pengkaji Sejarah yang juga Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali, berkata mengikut cerita penduduk tempatan, kejadian aneh itu menyebabkan tentera British kelam-kabut.

“Mungkin ia disebabkan ‘keramat’ atau sebagainya dan timbul cadangan supaya tentera British melemparkan benda najis dan kotor ke seluruh kawasan itu terlebih dulu bagi menghilangkan keramat seterusnya menghindarkan serangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas mengotorkan bumi Naning, barulah tentera British kembali menyerang pasukan Dol Said. Tentangan British bagaimanapun tidak semudah disangka kerana ia dibalas hebat dan sengit oleh pasukan Dol Said walaupun sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Akhirnya, selepas peperangan itu berlarutan selama kira-kira empat bulan, akhirnya pasukan Penghulu Naning itu tewas kepada kemampuan meriam serta senapang British dan negeri merdeka seluas kira-kira 67,000 hektar itu kemudian dijajah pada Jun 1832.

Malah, ramai tidak mengetahui yang British pernah malu besar ketika menentang Naning pada Perang Naning Pertama 1831 - maruah mereka sebagai kuasa besar dunia ketika itu, jatuh dari tempat tertinggi ke lantai paling rendah.

Sebagai kuasa besar dunia yang memiliki empayar jajahan luas, pernah menyertai dan memenangi banyak peperangan dengan kuasa besar lain termasuk menyertai Perang Dunia Pertama selain memiliki kelengkapan senjata dan meriam yang digeruni; mereka akhirnya kalah kepada negeri kecil Naning pada 1831 yang mana penyerangnya hanya menggunakan parang dan senjata tradisional.

Mengimbas perjuangan tokoh kebebasan tanah air itu, Dr Abdullah menjelaskan bahawa ia berlaku atas semangat cintakan tanah air di kalangan penduduk Naning yang diketuai pemerintahnya iaitu Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said. Mereka bersatu padu menentang usaha British untuk menjajah negeri mereka.

“Dol Said ketika itu adalah pemerintah Naning iaitu sebuah negeri yang berjiran dengan Melaka; walaupun jawatannya adalah penghulu atau digelar Datuk Seroja Merah mengikut adat pepatih, tetapi tarafnya menyamai raja dan sultan.

“Beliau dilahirkan pada 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang iaitu satu daripada dua suku yang bergilir memegang jawatan Penghulu Naning, selain suku Biduanda,” katanya. Tokoh pahlawan itu dilantik sebagai Penghulu Naning kesembilan ketika berusia hanya 26 tahun.

Rentetan sejarah perjuangan penduduk Naning terhadap kuasa penjajah sudah berlangsung dalam tempoh yang lama membuktikan semangat nasionalisme anak watan sememangnya disemai generasi demi generasi.

Apabila Portugis menjajahi Melaka sekitar abad ke-16, Naning sering menyerang penjajah itu yang berkubu di negeri jiran mereka. Begitu juga apabila Belanda mengalahkan Portugis lalu mengambil alih pemerintahan Melaka pada abad ke-17, mereka turut diserang penduduk Naning.

Peperangan berdasarkan negeri jiran mereka iaitu Melaka dijajahi rakyat asing dan sebagai negeri berjiran, Naning sering diganggu kuasa asing itu.

“Seterusnya British mengadakan perjanjian bersyarat dikenali Perikatan London dengan Belanda pada 1824 iaitu British akan menyerahkan pemerintahan mereka di Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British,” katanya.

Sejak itu, British menguasai dan memerintah Melaka dan bermulalah kisah persengketaan dan perjuangan suci antara Dol Said dan pengikutnya dengan kuasa asing itu, demi mempertahankan tanah air merdeka mereka iaitu Naning.

“Sebelum itu pada 1801, ketika British memerintah Melaka sementara dari Belanda ketika Perang Napoleon, satu perjanjian sudah dibuat Naning yang diwakili Penghulu Dol Said dan empat ketua suku dengan British, disebabkan Naning adalah negara jiran kepada Melaka yang dikuasai British.

“Antara syarat perjanjian itu adalah Naning perlu menghantar satu persepuluh daripada hasil pertanian mereka kepada British. Sebelum ini pun Naning ada menghantar hasil pertanian mereka kepada Belanda sebagai tanda persahabatan.
“Dan apabila British memerintah, Naning bersetuju menghantar bahagian itu sebagai kelangsungan tanda persahabatan dengan Melaka (British) tetapi British pula menganggap Naning menghantar hasil itu disebabkan Naning tunduk kepada kekuasaan mereka,” katanya.

Dr Abdullah berkata, apabila Melaka dipulangkan kembali British kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon pada 1818, perjanjian penghantaran hasil itu mungkin turut dimansuhkan.

Belanda memerintah Melaka selama kira-kira tujuh tahun sebelum diserahkan kepada British melalui Perikatan London 1824. Apabila British kembali memerintah, mereka ingin menguatkuasakan kembali perjanjian penghantaran hasil tahunan Naning yang sudah dimansuhkan.

Bagaimanapun, takrifan satu persepuluh daripada hasil pertanian Naning seperti dikemukakan British adalah melampau dan terlalu tinggi sehingga membebankan penduduk.

“Konflik timbul apabila British mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan berada di bawah pemerintahan British tetapi ia disangkal Dol Said yang menyatakan bahawa Naning adalah negeri merdeka.

“Dol Said sanggup menghantar hasil tahunan sebagai tanda persahabatan tetapi tidak mahu menghantar jika British menganggap yang negeri itu adalah sebahagian dari Melaka dan mereka mesti tunduk kepada British,” katanya.

Konflik itu berlarutan apabila Naning enggan tunduk kepada undang-undang diperkenalkan British apabila pada 1828, Dol Said menyelesaikan sendiri satu kes bunuh di Naning. Tindakan itu menyemarakkan lagi sengketa apabila British mendakwa kes bunuh itu perlu dihakimi oleh mereka di Melaka kerana Naning adalah sebahagian dari Melaka.

“Dol Said diberi amaran oleh British berhubung perkara itu sehingga membangkitkan kemarahan tokoh itu.

“Gabenor Negeri-negeri Selat (negeri-negeri selat adalah Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang diperintah British) iaitu Ibbetson melihat Naning sebagai jajahan Melaka yang ingkar dan menentang British menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menyerang dan menakluki negeri itu,” katanya.

Keputusan itu menjadi pencetus kepada Perang Naning Pertama 1831. Sikap angkuh British menyebabkan mereka memandang rendah terhadap Naning dengan anggapan bahawa negeri kecil dan miskin itu mampu dikalahkan dalam tempoh sehari saja.

Lalu mereka menghantar pasukan kecil tentera iaitu seramai 150 anggota yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerang negeri itu pada 6 Ogos tahun itu.

“Dol Said sudah menyedari rancangan serangan British itu menyebabkan dia mengumpul penduduk Naning dan mendapatkan bantuan ketenteraan negeri jiran antaranya dari Yamtuan Ali Rembau, Pembesar Sri Menanti, Penghulu Linggi dan Datuk Kelana Sungai Ujong,” katanya.

Tanpa pengetahuan British, pasukan Naning sudah dibentuk dengan kira-kira 4,000 kekuatan tentera untuk menghadapi 150 tentera British. Bagaimanapun, British memiliki beberapa kelebihan kerana memiliki senapang dan membawa sebuah meriam manakala pasukan Dol Said sekadar bersenjatakan parang, lembing dan senjata tradisional.

Selain kekuatan anggota, Dol Said juga bijak merencanakan strategi perang apabila melancarkan serang gerila. Tentera British sentiasa diserang di kawasan hutan sejak mereka memulakan ekspedisi ke Naning.

“Pasukan gerila hutan Dol Said menggunakan taktik menanam ranjau sebagai jerangkap samar ketika tentera British melalui laluan hutan. Mereka turut menebang pokok merentangi laluan tentera British sekali gus menghalang perjalanan mereka kerana British membawa meriam menggunakan kereta lembu.

“Ketika tentera British sibuk dan leka membersihkan laluan dan mengalihkan pokok yang ditebang, pasukan Dol Said menyerang hendap mereka dan taktik serupa dilakukan berulang kali sepanjang laluan dari Melaka ke Naning,” katanya.
Beliau berkata, taktik itu nyata berkesan apabila tentera British terpaksa melarikan diri pulang ke Melaka akibat kecederaan, walaupun perjalanan mereka sudah memakan masa kira-kira 18 hari dan sudah sampai di Meleket iaitu kira-kira tujuh kilometer dari Naning. Melihat pasukan mereka pulang dengan kecederaan dan kalah teruk sebelum sempat menjejakkan kaki di Naning, pemerintah British menjadi berang dan mereka kembali mengumpul kekuatan untuk melancarkan gelombang Perang Naning Kedua 1832.

Jejak Pahlawan Melayu: Dol Said

Profil Dol Said
Nama Sebenar: Abdul Said

Gelaran: Datuk Seroja Merah
Tahun Lahir: 1773
Tahun Kematian: 1849 (ketika berusia 76 tahun)
Suku Kaum: Semelenggang.
Asal: Naning (kini Alor Gajah, Melaka)
Sumbangan: Pemerintah Naning Kesembilan - Tokoh Penentang British.

SELAIN mengumpulkan bala tentera untuk menyerang habis-habisan tentera Dol Said pada Perang Naning Kedua 1832, British turut mengeluarkan tawaran lumayan kepada sesiapa saja yang dapat menangkap Dol Said dan pengikutnya.

Tawaran itu berupa 1,000 wang Sepanyol bagi tangkapan hidup atau mati Dol Said dan 200 Sepanyol kepada pengikut tokoh itu iaitu Andika, Petah Melayu, Cik Had dan Cik Mohamad.

Pada Februari 1832, gerakan memerangi dan menawan Naning kali kedua dilancarkan British dengan kekuatan tentera antara 1,200 hingga 1,400 anggota diketuai Kolonel Herbert.

Tentangan kali ini bagaimanapun menimbulkan kesulitan pada pihak Dol Said kerana negeri jiran mereka tidak lagi mahu menghulurkan bantuan ketenteraan selepas negeri jiran itu diugut British.

Malah, ada antara negeri jiran Naning itu bertukar sokongan dengan memberi bantuan kepada British lantaran takut penjajah itu menyerang mereka pula.

Selepas bertempur sengit sehingga berlarutan selama tiga bulan, dengan kekuatan tentera terhad hanya kepada penduduk Naning selain kelemahan aspek senjata, pasukan Dol Said gagal mempertahankan tanah air mereka itu.

Pahlawan itu dan beberapa pengikutnya terpaksa berundur ke Pasir Besar dan Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Setahun menyembunyikan diri, Dol Said menyerah diri kepada British.

Beliau tidak dikenakan hukuman berat oleh British melainkan jawatannya dilucutkan dan dia menjadi rakyat biasa. Negerinya diambil British dan dia hanya digantikan dengan sebuah rumah dan pencen 100 rupee sebulan oleh tentera asing itu.

Beberapa pengikutnya yang lain dihukum buang negeri ke India. Hidup sebagai rakyat kebanyakan, Dol Said meninggal dunia pada Ogos 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

Dr Abdullah mendiamkan diri seketika selepas selesai menceritakan perjuangan wira bangsa itu. Kemudian dia memandang penulis dan selepas selesai berfikir, beliau memulakan bicara:

“Inilah semangat perjuangan bangsa Melayu terdahulu, kehadiran kuasa Barat tidak kita terima dengan mudahnya dan mereka menghadapi tentangan hebat. Kemenangan dalam Perang Naning Pertama 1831 membuktikan yang semangat bersatu padu dan strategi peperangan membolehkan kita menang.

“Walaupun ketika itu kita tidak memiliki senjata hebat, kita menang kerana bersatu. Perang Naning Kedua 1832 sendiri menjadi contoh jika bangsa Melayu tidak bersatu, ditambah pula jika ada antara bangsa Melayu yang menyokong Barat, kita akan menemui kekalahan,” katanya.

Seketika Dr Abdullah kembali menjengah ruang fikir. Beliau melihat persamaan antara sikap angkuh British kononnya sebagai kuasa besar dan memandang rendah terhadap kuasa kecil Naning, sama sekali dengan kekalahan Amerika terhadap Vietnam dalam Perang Vietnam pada 1959 hingga 1975.

“Sayang sekali tiada pihak yang merekodkan peribadi dan fizikal Dol Said sekali gus menyebabkan kita kehilangan satu cebisan warisan sejarah. Mungkin ketika itu sudah ada orang Melayu yang melukis tetapi tiada lakaran wajah dan jasad Dol Said yang kita temui.

“Seorang tentera yang terbabit dalam dua perang Naning itu iaitu PJ Beg Bie menulis mengenai Perang Naning dalam bukunya The Malayan Peninsular tetapi tidak menyatakan perwatakan Dol Said,” katanya.

Beliau berkata, penulis sejarah terdahulu seperti Abdullah Munshi pula tidak menulis mengenai perwatakan pejuang itu kerana Abdullah berfikir bahawa sudah ada tulisan mengenai perang Naning, jadi beliau tidak perlu menulis lagi.

Jejak Pahlawan Melayu: Tok Janggut

Profil Tok Janggut
Nama Sebenar: Haji Mat Hassan Panglima Munas
Gelaran: Tok Janggut
Tahun Lahir: 1850
Tempat Lahir: Kampung Saring Daerah Jeram, Kelantan.
Tahun Kematian: 1915 (ketika berusia 65 tahun).
Sumbangan: Pejuang Kebebasan Kelantan.

INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

Jejak Pahlawan Melayu: Mat Kilau

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar. Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.