Sunday, October 26, 2008

Itulah Politik Namanya



Saturday, October 25, 2008

RM 5 Bilion Untuk Pasaran Saham, Tindakan Tidak Bertanggungjawab!

Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program untuk rakyat. Kita malah berulang kali menegaskan pentingnya tidak dibebani dengan kadar inflasi yang tinggi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi negara. Tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol serta dengan boros membelanjakan wang untuk menjana projek mega amat mengecewakan.

Di dalam perbahasan belanjawan tempoh hari, saya menegaskan belanjawan 2009 yang dibentangkan sudah tidak bermakna lagi. Unjuran yang dibuat berasaskan angka dan fakta lapok! Malah saya menggesa Menteri Kewangan yang baru agar segera membentangkan belanjawan berdasarkan unjuran yang terkini. Ternyata gesaan ini dipandang sepi walau ianya memanfaatkan negara dan rakyat. Jelas ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.

Semalam kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan di dalam mengurus ekonomi negara.

Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil. Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir yang dekat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM

RM5 Billion Wang KWSP Hangus, BN Perosak Ekonomi Negara

Suntikan RM5 bilion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan baru sebagai langkah untuk mengangkat nilai syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang dianggap dibawah nilai yang sebenarnya atau "undervalued companies", menggemparkan pelbagai pihak.

Yang menjadi lebih memeranjatkan ialah RM5 bilion itu akan diambil dari dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai loan atau pinjaman yang diarah oleh Menteri Kewangan.

Persoalannya ialah apakah hak menteri untuk mengarahkan KWSP untuk menghulurkan pinjaman kepada ValueCap Sdn Bhd, sebuah pengurus dana yang dimilikki oleh Khazanah, PNB dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

KWSP punya panel pelaburan profesional yang mempunyai tanggungjawab mempastikan bahawa warga pencarum-pencarum dari titik keringat mereka, mendapat pulangan keuntungan yang terbaik.

Arahan Menteri KWSP ke atas KWSP adalah tindakan paling tindak bertanggungjawab.

Ini menjadi lebih parah dalam suasana 'US-led Global Meltdown' yang telah pun menjejaskan semua bursa saham bukan sahaja di Amerika, Eropah, bahkan Asia- Hong Kong, Korea Selatan, Cina, Singapura dan lain-lain, yang kehilangan 'market capitalisation' ke jumlah trillion USD, paling parah dalam sejarah mengingatkan dunia kepada peristiwa Wall Street Crash 1987.

Pada hari Jumaat 17hb Oktober lalu sahaja, Bursa Malaysia, penanda aras KLCI jatuh sebanyak 3.14 peratus atau 29.86 mata ke 920.02.

Hari itu sejumlah RM 20.6 bilion telah lenyap dalam 'market capitalisation'. Jumaat sebelum (10hb Okt) Bursa kehilangan RM25bilion dalam 'market capitalisation'. Kini KLCI terus jatuh di bawah 'paras priskologi' 900.

Apa jaminan Menteri Kewangan bahawa kehangusan dana seperti telah berlaku pada jumaat lalu tidak berulang dengan kata lain, suntikan RM5bilion wang rakyat dari keringat rakyat yang mereka carum dalam KWSP tidak akan mengalami nasib yang sama?

Benar, RM5bilion adalah pinjaman dan bukan pelaburan. Betul ia akan dibayar mungkin dengan hibah atau bunga bergantung cara konvensional atau Syariah-komplian cara yang dipinjam oleh kerajaan.

Persoalannya apakah ini sahaja cara untuk Menteri Kewangan baru ini menangani kemelut kewangan global ini, dan apakah jaminan bahawa dana ini tidak digunakan untuk hanya menyelamatkan syarikat-syarikat yang punya kepentingan elit politik tertentu ataukah ia akan dilalukan atas dasar merit dan keadilan sebenar dalam urus-tadbir korporat yang terbaik.

Satu lagi perkara yang penting dalam pertanggungjawaban, ialah penggunaan dana rakyat dalam menampung krisis pasaran saham dan kewangan seperti ini, tidak akan membawa apa-apa kebaikan di segi menjana kesan 'multiplier' atau 'berganda' berbanding RM5 bilion di laburkan dalam sector-sektor lain seperti pendidikan, kesihatan mahupun infratsruktur kritikal dalam negara.Sebenarnya syarikat-syarikat yang hendak dibantu pun tak mendapat kebaikan apa-apa pun kalau saham mereka naik sekupang-dua.

Kalau 'fundamentals' mereka kukuh, mereka tidak perlu takut kerana pelabur-pelabur, samada dana asing atau tempatan akan semasa keadaan pulih.

Tetapi suntikan RM5 bilion akan terus hangus kalau keadaan semakin parah. Berapa banyak lagi yang mampu disuntik?

Inilah cara kepimpinan negara menyelesaikan masalah ekonomi negara selama kini dengan pendekatan 'short-term' - jangka pendek dan 'knee-jerk'.

Sesungguhnya, yang hendak dan akan dibantu ialah mereka yang telah membeli saham-saham dengan wang pinjaman, kerana mengambil peluang 30 peratus peruntukan bumiputera semasa pensenaraian dulu (IPO).

Siapa mereka? Umum tahu. Mereka ini yang akan 'menjual' saham mereka untuk mengelak kerugian lebih parah atau 'cut loss' apabila saham kaunter-kaunter ini naik sedikit, dengan suntikan RM5 bilion.

Betul, mereka hendak selamatkan pasaran saham, tetapi, siapa yang sebenarnya yang hendak dilindungi?

Persoalan-persoalan ini terus bermain dalam fikiran dan benak hati rakyat yang telah banyak kali mendapati kewangan dan dana rakyat tidak diurus tadbir dengan baik, telus dan bertanggungjawab oleh pihak kerajaan BN ini.

Isu terkini termasuk pembelian BII, Eurocopter dan pelaburan dalam Fast-Speed Broad Band(FSBB) yang kesemua mengakibatkan ketirisan dan kebocoran berbilion RM dana rakyat! - Harakahdaily

(Dr Dzulkefly Ahmad, ialah AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor)

Anakanda Jebat: Aduhai DS Najib, adakah duit keringat rakyat ini adalah duit kamu? Senang2 je kamu nak gunakannya. Hamba takut kalau2 kamu menerima azab yang sangat pedih esok2 nanti.

Wednesday, October 22, 2008

SELAMAT HARI LAHIR semoga ayah chik terus thabat

20 hb. Oktober 1947 adalah tarikh lahir Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik .

Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat hari lahir yang ke 61 buat Ayah Chik semoga Allah swt mengurniakan kekuatan dan kesabaran buat Ayah Chik terus memimpin Gerakan Islam ( PAS ) ke arah mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini khasnya tanahair kita.

Ayah Chik telah melalui pengalaman yang cukup luas di dalam dan di luar negara bersama dengan kebangkitan ummah menongkah arus tamaddun material dan ideologi Jahiliyyah Modern hari ini .

Jua telah melalui pelbagai pahit maung berdepan karenah ummah dan ahli Gerakan Islam ini dalam proses memimpin dan membentuk mereka , agar lahir sebuah generasi yang berjuang dan merdeka dari penjajahan pemikiran jahiliyyah hari ini .

Kami pemuda sangat berbesar hati di atas segala curahan ilmu dan bimbingan pengalaman yang telah Ayah Chik berikan tanpa jemu dan penat .

Insyaallah , perjuanganmu Ayah Chik akan kami langsungkan sehingga Islam tegak di bumi ini . Semoga kehidupan Ayah Chik sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah swt .

Anakanda Jebat: Belum terlewat agaknya, tetapi hamba mengucapkan "Semoga ALLAH Memanjangkan Usia Ayah Chik Agar ISLAM Dapat DiDaulahkan Di Bumi Malaysia ini". Amin.

Tuesday, October 21, 2008

Nasihat Raja-Raja Jadikan Amaran Terakhir

JARANG mesyuarat Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan khas yang agak spesifik menyentuh sesuatu isu pada setiap kali selepas mesyuarat diadakan. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-215 di Kuala Terengganu 16 Oktober lalu boleh dianggap penting dan membawa mesej tersendiri untuk dihayati oleh semua lapisan rakyat negara ini.

Dalam bahasa yang lunak dan sopan mesej yang dizahirkan menerus kenyataan akhbar khas itu berupa peringatan keras dan tegas yang belum pernah dikeluarkan seumpamanya.

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebelum berangkat ke majlis mesyuarat itu bersetuju mengeluarkan satu kenyataan akhabr khas yang menyentuh isu-isu hangat dan menjadi perhatian umum dewasa ini. Kenyataan ataupun peringatan itu menunjukkan betapa Raja-Raja Melayu senantiasa memerhati dan tidak mengalpakan tanggungjawab mereka sebagai payung keramat melindungi rakyat dan negara.

Penyiman Mohon Besar Raja-Raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah membaca kenyataan berkenaan.

Antara perkara yang mendapat perhathian Duli-Duli Yang Maha Mulia ialah berhubung hal-hal keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan.

Berhubung dengan kebesaran Raja-Raja Melayu Baginda Duli-Duli Yang Maha Mulia menjelaskan;

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia,”

Penegasan demikian menunujukkan Duli-Duli Yang Maha Mulia mempunyai peranannya tersendiri dengan fungsi yang tidak boleh diragui lagi untuk kebaikan semua pihak tanpa memilih warna kulit, bangsa dan anutan agama. Setiap warga negara berada dalam peliharaan dan tanggungjawab kusasa Duli-Duli Yang Maha Mulia.

Justeru itu Duli-Duli Yang Maha Mulia memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak membangkitkan perkara-perkara sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan sehingga mengakibatkan negara dalam keadaan tidak aman dan masyarakat menjadi kucar kacir.

Antara perkara pada hemat Duli-Duli Yang Maha Mulia yang tidak manis dan boleh menimbulkan kekeliruan dan ketegangan jika terus diungkit ialah masalah kontrak sosial. Duli-Duli menegur golongan yang senantiasa mengungkitkan perkara itu dari masa ke semasa itu agar menghentikannya segera. Sehubungan itu Duli-Duli Yang Maha Mulia menyarankan supaya kembali kepada perlembagaan dan menyusuli sejarah sebab apa yang dimaktub dalam perlembagaan adalah jelas.

Dalam pada itu Duli-Duli Yang Maha mula juga memberi peringatan kepada kaum bukan Melayu agar tidak bimbang dengan kedudukan mereka kerana ia senantisa dijamin dan terjamin oleh institusi itu seperti mana ditegaskan perlembagaan negara.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” tegas Duli-Duli Yang Maha Mulia menerusi kenyataan itu.

Dalam masa yang sama Duli-Duli Yang Maha Mulia merayu orang Melayu supaya bersatu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu. Ada tiga perkara penting yang memerlukan kekuatan dan iltizam orang Melayu iaitu mengenai agama, bahasa Melayu dan institusi Raja-Raja.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok,”

Seruan ini dibuat mungkin setelah kesemua Duli-Duli Yang Maha Mulia menyedari keadaan ukhwah orang Melayu muasir terancam dan hilang fokus disebabkan lebih memperjuangkan politik puak masing-masing secara arrogant.

Disebabkan terlalu berpolitiking sehingga terabai tanggungjawab lain yang lebih penting dan mustahak. Tidak dinafikan sikap orang Melayu kini seperti pendekar yang terlalu tamak dan bersikap sel fish dan sanggup meninggalkan gelanggang sehingga musuh berjaya menyusup masuk dan bermukim di kubu sendiri!

Seharusnya semua pihak perlu menginsafi peringatan Duli-Duli Yang Maha Mulia itu demi kebaikan bersama. Dalam pada ini mungkin perlu kalau nasihat itu dijadikan amaran terakhir oleh Raja-Raja Melayu agar mana-mana pihak tidak lagi cuba memainkan isu sensitif atau mengungkit yang sudah sedia ada dipraktikan selama ini.

Bagi orang Melayu pula tidak kira mereka berada atas 'dahan' politik mana hendaklah jadikan nasihat dan peringatan ikhlas Duli-Duli Yang Maha Mulia itu sebagai azimat bagaimana untuk mengembalikan kekuatan Melayu sebagai tunggak pemerintahan negara ini. Nasihat Duli-Duli Yang Maha Mulia juga juga perlu diterjemahkan menerusi amalan (pratikal) politik yang sihat dan rasional.

Untuk lain waktu sekiranya masih ada pihak yang berdegil mengungkit atau menimbulkan isu-isu itu tidak perlu tangguh dan bertolenrasi lagi. Mereka hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya. Kalau hanya setakat menyeru memberi ingatan mungkin ia tiak memberi bekas.

Sebelum ini pun semua pihak termasuk Duli-Duli Yang Maha Mulia sendiri suah acap kali memberi teguran dan nasihat agar tidak melakukan perkara-perkara itu namun ianya diterima seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin hukuman atau tindakan tegas kepada mereka yang berdegil dan tidak gerun memainkan isu-isu itu perlu dikenakan tindakan setimpal.

http://msomelayu.blogspot.com/

Monday, October 6, 2008

Harga Minyak Turun Jika Trend Dunia Berterusan - Shahrir

JOHOR BAHRU 5 Okt. - Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini jika trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah AS$100 (RM351) setong berterusan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan mengenainya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet sama ada pada 24 atau 31 Oktober ini.

"Dalam tempoh tiga hari ini, harga minyak runcit di pasaran berada di bawah AS$100 setong dan jika ia berterusan sehingga akhir bulan ini, kita boleh turunkan lagi harga minyak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan majlis Rumah Terbuka Parlimen Johor Bahru di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Beliau sebelum itu diminta mengulas trend penurunan harga minyak dunia yang kini berada di bawah paras AS$$100 setong dan berlegar pada paras AS$$98 atau RM344 setong sejak awal bulan ini.

Pada 24 September, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan 10 sen, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter berikutan penurunan harga minyak dunia.

Shahrir menjelaskan, ramalan penurunan masih terlalu awal walaupun trend penurunan harga minyak dunia kini di bawah paras AS$100 sejak tiga hari lalu.

"Dalam tempoh tiga hari ini, harga minyak dunia berada di bawah AS$100 setong dan senario ini merupakan satu perkembangan yang menggembirakan.

"Kita berharap trend penurunan ini akan kekal hingga akhir bulan ini agar harga runcit petrol dan diesel dapat diturunkan lagi," katanya.

Mengulas tambang bas sekolah di negeri ini yang naik sebanyak RM4 kepada RM30 sebulan, Shahrir berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana subsidi minyak diesel telah diberikan kerajaan.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah bagaimanapun memberi alasan bahawa kenaikan itu perlu bagi menampung kos-kos lain yang meningkat.

Anakanda Jebat: Apa kamu buat duhai bapak menteri? Dulu aku posting dah cara2 pengiraan harga minyak DISINI. Hoi bapak menteri! Kamu ni sekolah ke tidak?

Harga Minyak Mentah Dunia Turun Kepada USD$90 Setong

SINGAPURA: Harga minyak mentah turun kepada ASS$90 setong hari ini berikutan kebimbangan terhadap krisis kewangan yang menyebabkan kelembapan ekonomi dunia, sekali gus menyaksikan penurunan terhadap permintaan minyak mentah.

Kontrak utama New York bagi 'light sweet' bagi November, susut AS$4.69 kepada AS$89.19 setong sehingga lewat petang ini.

Harga minyak mentah itu menyusut sehingga 40 peratus sejak Julai lalu yang menyaksikan kenaikan tertinggi._berita harian

Anakanda Jebat: Apa dah jadi? Harga minyak negara kita masih di takuk lama. Tiada perubahan langsung. Tolonglah kami duhai bapak2 menteri. Kehidupan kami susah dan akan semakin susah kiranya bapak2 tidak menurunkan harga minyak dengan kadar segera. Penurunan sebanyak 25sen tidak membantu langsung berbanding dengan kenaikan harga barangan. Kerjalah dengan amanah duhai bapak2 menteri. Kenyangkanlah perut2 rakyat jelata dahulu!