JOHOR BAHRU 5 Okt. - Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini jika trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah AS$100 (RM351) setong berterusan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan mengenainya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet sama ada pada 24 atau 31 Oktober ini.
"Dalam tempoh tiga hari ini, harga minyak runcit di pasaran berada di bawah AS$100 setong dan jika ia berterusan sehingga akhir bulan ini, kita boleh turunkan lagi harga minyak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan majlis Rumah Terbuka Parlimen Johor Bahru di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.
Beliau sebelum itu diminta mengulas trend penurunan harga minyak dunia yang kini berada di bawah paras AS$$100 setong dan berlegar pada paras AS$$98 atau RM344 setong sejak awal bulan ini.
Pada 24 September, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan 10 sen, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter berikutan penurunan harga minyak dunia.
Shahrir menjelaskan, ramalan penurunan masih terlalu awal walaupun trend penurunan harga minyak dunia kini di bawah paras AS$100 sejak tiga hari lalu.
"Dalam tempoh tiga hari ini, harga minyak dunia berada di bawah AS$100 setong dan senario ini merupakan satu perkembangan yang menggembirakan.
"Kita berharap trend penurunan ini akan kekal hingga akhir bulan ini agar harga runcit petrol dan diesel dapat diturunkan lagi," katanya.
Mengulas tambang bas sekolah di negeri ini yang naik sebanyak RM4 kepada RM30 sebulan, Shahrir berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana subsidi minyak diesel telah diberikan kerajaan.
Beliau berkata, pengusaha bas sekolah bagaimanapun memberi alasan bahawa kenaikan itu perlu bagi menampung kos-kos lain yang meningkat.
Anakanda Jebat: Apa kamu buat duhai bapak menteri? Dulu aku posting dah cara2 pengiraan harga minyak DISINI. Hoi bapak menteri! Kamu ni sekolah ke tidak?
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment