BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.
Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.
Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.
Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia.
Wartawan Iraq Baling Kasut Disoal Siasat
BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al- Maliki.
Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.
Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.
Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia.
Wartawan bermazhab Syiah itu kini ditahan di ibu pejabat Nuri dan kasutnya dirampas sebagai bahan bukti, kata pegawai tersebut.
Al-Baghdadia berulang kali menyiarkan rayuan supaya Muntazer dibebaskan, sambil memainkan rakaman letupan dan muzik latar yang mengutuk pencerobohan AS di Iraq.
– AP
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment