"Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar."
"Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu."
@@@@@@@@
baca lagi disini:
@@@@@@@@
2 comments:
Peguam Shafee Abdullah ni tau ke apa yang dia cakap? Speaker baru (Haram) boleh panggil sidang DUN tergempar? KARUT!
Bila Mahkamah dah putuskan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan tidak pernah mengosongkan jawatan MB Perak, maknanya Zamberi TIDAK ADA HAK menghadap Sultan untuk mohon perkenan diadakan sidang DUN 7 Mei yang lalu kerana Zamberi BUKAN MB yang sah.
Dengan lain perkataan (dan meminjam kata-kata Gani Patail), secara automatiknya, sidang DUN 7 Mei 2009 adalah TERBATAL dan TIDAK SAH. Segala apa yang diputuskan dalam sidang berkenaan termasuk memilih speaker baru (haram) juga TERBATAL dan TIDAK SAH. Jadi, jawatan Speaker masih kekal disandang YB Sivakumar. Jadi, kamu jangan nak merepeklah Shafee.
Mana boleh Zamberi yang hanya berstatus ADUN biasa di pihak pembangkang menghadap Sultan mohon perkenan untuk mengadakan sidang DUN 7 Mei lalu…
Peguam Shafee nak tipu siapa? Ahli Umno & BN, bolehlah dia tipu….. Jangan kembali menyulitkan keadaan yang sudah mula nak pulih, peguam kangkong woi…
UMNo/BN telah banyak menghabiskan masa, tenaga dan sumber kewangan (duit rakyat) sejak merampas Perak secara haram. Malah persidangan DUN haram yang dijalankan pada 7 Mei telah memakan belanja yang bukan sedikit - yang akhirnya menjadi sia-sia. Zamberi, tak payahlah kamu pergi membuat rayuan untuk mempertahankan jawatan MB haram kamu. Biarkan YAB DS Ir. Nizar menentukan halatuju pentadbiran negeri Perak yang telah kamu punah-ranahkan selama dua bulan yang lalu. Apakah masih tidak cukup segala sumpah-seranah yang telah kamu terima selama ini dan hendak terus berusaha untuk menerima laknat Allah SWT?
-Dari Laman Marhaen
itu mamak pie, main boria boleh la, kata lawyer, tapi undang2 perlembagaan pun tak tau. dia dah kena swine flu
Post a Comment