Tuesday, December 16, 2008

Harga Petrol & Diesel Turun Kali KETUJUH - Utusan Meloya

PUTRAJAYA 15 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini, KALI KE-7 sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.

“Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

“Berkuat kuasa tarikh yang sama (tengah malam ini) juga, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 kepada RM1.30 seliter seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini,” kata Perdana Menteri.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong.

Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter.

Anakanda Jebat: Bangganya korang. Ini dah masuk kali KE-7. Mesti bangga bukan?

Wartawan Iraq Yang Berani Ditahan

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.

Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.

Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.

Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia.

Wartawan Iraq Baling Kasut Disoal Siasat
BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al- Maliki.

Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.

Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.

Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia.

Wartawan bermazhab Syiah itu kini ditahan di ibu pejabat Nuri dan kasutnya dirampas sebagai bahan bukti, kata pegawai tersebut.

Al-Baghdadia berulang kali menyiarkan rayuan supaya Muntazer dibebaskan, sambil memainkan rakaman letupan dan muzik latar yang mengutuk pencerobohan AS di Iraq.

– AP

Bush Dibaling Kasut

DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. – AP

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush Terima 'Hadiah' Daripada Wartawan Iraq
BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing. Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin. Kasut kedua tidak mengenai sasaran.

Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu.

Tapak kasut dianggap penghinaan paling teruk dalam masyarakat Arab.

– AFP

Anakanda Jebat: Kelakar betul kisah ni.