Thursday, August 20, 2009

FAKTA H1N1

1. Virus ini berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

2. Virus ini hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

3. Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus lah outbrake di Mexico.

4. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4.

5. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

6. Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' .Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

7. Siapa golongan yang berisiko?

a. Orang yg ada masalah 'obesiti' @ gemok.

b. Perempuan yg mengandung.

c. Orang yg ada astmatic/penyakit lelah.

d. Orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

8. Simptom2:

-Hari Pertama: rasa kurang sihat, tak bermaya

-Hari Kedua: selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

-Hari Ketiga: rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

-Hari Keempat: sakit dada yg teruk (jumpa doktor dengan segera)

-Hari Kelima: and above lung collapse @ koma

9. Langkah2 kawalan:

-golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

-menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

-elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

-jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

-jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

-utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat

-jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

-jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

-tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

(ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 1-8-09)

H1N1: Wanita Hamil Mangsa Ke-68

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hamil berumur 33 tahun di Johor menjadi mangsa korban terbaru Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 68 orang, selepas tiada kes kematian dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita hamil 34 minggu itu dilaporkan meninggal dunia pada 13 Ogos akibat "pneumonia yang teruk dan sesak nafas" dan disahkan positif H1N1 keesokan harinya.

Wanita berkenaan dimasukkan ke wad hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama sehari, dan lima hari kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Aminah Johor Baharu setelah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan Tamiflu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata selain itu, sebanyak 195 lagi kes disahkan positif H1N1 dengan 35 kes daripadanya mendapat rawatan di ICU dengan 20 kes terdiri daripada mereka yang mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (empat kes), penyakit kronik (lima kes), asma (dua kes), hamil dan bersalin (empat kes), obesiti (satu kes), kanak-kanak istimewa (dua kes) dan kanak-kanak di bawah setahun (dua kes).

Katanya, pada masa sama, seramai 188 orang telah dibenarkan keluar daripada hospital di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin membezakan gejala selesema biasa dengan jangkitan influenza.

"Di antara perbezaaan yang ketara ialah apabila dijangkiti influenza, individu akan mengalami demam yang tinggi melebihi 38 darjah Celcius sehingga tiga ke empat hari, sakit kepala, sakit tekak, kerap letih, sakit badan yang biasanya teruk, letih lesu dan batuk tanpa kahak di peringkat awal.

"Selesema biasa pula jarang mengalami demam atau demam ringan (kurang daripada 38°Celcius ), hidung berair dan kerap bersin," katanya.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih aktif dengan melibatkan 182 negara.

Sehingga pagi ini, terdapat peningkatan kes jangkitan sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353 di seluruh dunia.

Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300. - Bernama

Friday, August 7, 2009

7 Wasiat Raja Melayu

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

1)Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2)Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3)Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4)Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5)Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6)Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7)Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Anakanda Jebat: Penyatuan orang2 Melayu memang perlu tetapi sekiranya orang2 Melayu yang jahil agama perlukah kita bersama mereka? Hal2 yang Islamik hanya meniti di bibir sahaja tapi pengamalan harian tidak menunjuk mereka itu seperti seorang Muslim pun. Perlukah kita bersatu dengan orang2 yang menolak Islam itu sendiri?

Thursday, July 9, 2009

Sunday, June 21, 2009

Pewaris revolusi Khomeini

Riak wajahnya nampak lembut dan santun, seiring dengan keperibadian yang perlu ada pada seorang lelaki yang warak. Namun, ketegasan, kepintaran dan kelantangannya bersuara menyerlahkan aura Ahmadinejad sebagai pemimpin sejati.
DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.

Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."

PEMIMPIN Agung Iran kedua, Ayatollah Ali Khomeini berucap selepas membuang undi semasa pemilihan Presiden baru-baru ini.

Demikian ketegasan dan kepintaran seorang pemimpin bernama Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun revolusi pemikirannya dikritik serta ditekan hebat Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, ia tidak sedikit pun menakutkan pemimpin itu.

Bahkan, dengan ugutan demi ugutan yang dilemparkan oleh AS, yang mahu menyerang bumi Iran sekiranya Ahmadinejad masih berdegil dengan ujian nuklearnya, ia langsung tidak mengurangkan sokongan rakyat Iran ke atas Ahmadinejad.

Lebih menarik lagi, tanggal 12 Jun lalu menjadi bukti betapa rakyat Iran berdiri teguh di belakang pemimpin itu. Di sebalik harapan Barat yang mahu melihat Ahmadinejad jatuh pada pemilihan presiden ke-10 baru-baru ini, rakyat Iran menutup mulut AS dan sekutunya apabila memberi kemenangan penuh bergaya kepada presiden kesayangan mereka.

Bahkan dengan pelbagai tajuk-tajuk berita negatif serta gambaran buruk tentang Ahmadinejad dari segi cara beliau menggerakkan ekonomi dan hak asasi manusia, Ahmadinejad tetap disanjung oleh rakyat Iran.

Jika pada kali pertama memenangi jawatan presiden pada tahun 2005, Ahmadinejad mendapat 62 peratus undi, kali ini, jumlah itu meningkat kepada 62.63 peratus.

Beliau mencapai kemenangan luar biasa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Kamran Daneshjoo mengumumkan menerusi televisyen bahawa presiden itu memperoleh hampir 21.8 juta undi daripada jumlah undi di 346 daripada 366 kawasan pengundian.

Yang pasti, ketegasan dan kehebatan pemikiran revolusi bukanlah satu-satunya penyebab mengapa rakyat Iran terus menyokong Ahmadinejad sekali gus menolak pencabar terdekatnya, Mir-Hossein Mousavi, 68, serta kelompok kepimpinan reformis yang lain.

Malah, tambah mengagumkan, beliau bukanlah daripada sebuah keluarga bangsawan, bukan juga seorang tokoh ulama dan juga ahli politik gah pada awal kemunculannya.

Mengenali Ahmadinejad yang kini merupakan pemimpin Islam yang digeruni dan hangat diperkatakan di arena antarabangsa itu, beliau hanyalah anak kepada seorang tukang besi yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956 di Aradan, sebuah kawasan di luar Tehran.

TOKOH Revolusi Iran, Ayatollah Khomeini menjadi mentor Ahmadinejad.

Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Sains dan Teknologi Tehran dalam bidang Kejuruteraan Awam dan kemudiannya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam Kejuruteraan Pengangkutan dan Perancangan dari universiti yang sama. Beliau juga seorang yang sangat sederhana dan warak.

Ahmadinejad datang dari kedudukan keluarga yang sederhana dengan ayah dan emaknya merupakan penyokong kuat Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.

AHMADINEJAD terus kekal sebagai Presiden bumi Iran walaupun AS, sekutunya dan media Barat melontarkan pelbagai berita negatif kepadanya.

Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Iran pertama apabila berjaya menjatuhkan monarki Pahlavi yang menindas golongan ulama melalui polisi antiulama manakala Revolusi Putih banyak mempengaruhi gaya kepimpinan Ahmadinejad.

Hakikatnya, figura revolusioner yang sangat diingati dunia inilah yang menjadi mentor kehidupan dan kepimpinan Ahmadinejad yang juga acap kali dilihat bagaikan seekor singa garang apabila mengaum tanpa rasa takut terhadap musuh-musuhnya terutama negara-negara yang menindas masyarakat Islam.

SOKONGAN isteri, Parvin menguatkan semangat Ahmadinejad untuk menjadi Presiden unggul Iran.

Selain tegas melawan anasir-anasir yang menggugat Islam, Ahmadinejad membebaskan dirinya daripada lingkungan kebesaran harta dunia. Beliau membuktikan erti pemimpin berjiwa rakyat yang sejati seperti mana yang dipraktiskan oleh Ayatollah Khomeini.

Semasa Ayatollah Khomeini bergelar pemimpin nombor satu Iran, pernah berlaku bekalan elektrik terputus di kediamannya. Pembantunya kemudian segera membawa minyak ke rumah Ayatollah Khomeini untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan sistem pemanas berfungsi.

KETEGASAN keputusan dan kesederhanaan hidup Ahmadinejad memikat jutaan rakyat Iran untuk terus setia dengannya.

Namun, Ayatollah Khomeini menolak. "Kalau rakyat menggigil kesejukan, mengapa pula aku harus bersenang-senang memasang pemanas," ungkapnya.

Itulah yang diteladani Ahmadinejad sekali gus menjadikan dia seorang pemimpin yang sangat dikagumi.

Jauh daripada mengagumi jentera Ford, Mercedes atau BMW, Ahmadinejad hanya menggunakan sebuah kereta Paykan buatan Iran.

Dalam kalangan penyokongnya, Ahmadinejad dilihat sebagai seorang lelaki yang sangat ringkas dengan cara hidup sederhana. Sewaktu pertama kali dipilih menjadi presiden pada tahun 2005, lelaki itu seboleh-bolehnya mahu hidup seperti biasa dengan tinggal di kediaman sendiri di Tehran.

Namun, gesaan daripada pasukan keselamatan menyebabkan dia bersetuju berpindah tinggal di istana presiden. Itu pun jauh daripada imej kekayaan yang biasanya dirujuk kepada presiden sebelumnya, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Sebaik sahaja berpindah, Ahmadinejad mengarahkan karpet istana ditukar.

"Presiden mengarahkan karpet-karpet mewah dan antik Persian digulung dan dihantar ke muzium untuk dijadikan bahan pameran. Beliau meminta karpet murah sebagai ganti di kediaman istana," cerita salah seorang pembantunya.

Ahmadinejad berkahwin dengan Parvin dan mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

LOJI kuasa nuklear Iran yang menjadi kontroversi kerana dikutuk hebat AS.

Apa yang menariknya mengenai pemimpin Islam itu adalah, beliau kerap berpakaian baju-T dan jaket berbanding jubah hitam yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin ulama Iran.

Paling dikagumi oleh dunia Islam, beliau juga merupakan pemimpin negara Islam yang bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit, mengamalkan ajaran Islam dengan baik, malahan merupakan seorang yang soleh dan amat menjaga pergaulan.

Ahmadinejad juga mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara, bangsa dan ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing khususnya AS.

Saturday, June 20, 2009

Surat Terbuka Kepada Tuan Guru Presiden PAS

Ahmad Fawwaz Abdul Aziz
Sat | Jun 20, 09 | 4:00:52 am MYT
DENGAN Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Saat saya menulis untuk meluahkan hati tika ini, saya tidak tahu Tuan Guru berada di mana. Tapi, jauh di sudut hati saya tetap berkata Tuan Guru akan membaca surat terbuka ini kerana saya tahu Tuan Guru adalah seorang yang rajin membaca dan sensitif dengan perkembangan Harakahdaily. Jadi, saya utuskan surat terbuka ini selepas saya hiba dengan keadaan PAS pada hari ini.

Tuan Guru yang dihormati.

Saya anak muda yang berada dalam PAS untuk memperjuangkan Islam. Dari sekolah menengah saya mengenali PAS. Saya kenal bukan melalui usrah. Saya kenal bukan melalui pimpinan PAS. Tapi, saya kenal PAS ketika saya bergembira menaiki lori menggantung bendera PAS di tiang-tiang lampu dan pokok-pokok.

Uncang-uncang duit

Saya meminati PAS selepas saya diminta membawa uncang-uncang duit untuk memungut derma ketika ceramah PAS berdekatan dengan sekolah saya.

Maahad saya uzur. Pelajar-pelajarnya pada waktu itu tidaklah sebijak rakan-rakan lain yang berada di SMKA, Sekolah Agama Kerajaan Negeri mahupun di Kolej Islam. Tapi, apabila saya kenang sekolah itu, saya yakin di tanah itulah Allah memberkati orang-orang yang menuntut ilmu kerana-Nya.

Di situlah Almarhum Abu Bakar Al-Baqir berpangkalan untuk memperjuangkan Islam. Sehinggalah saya berazam mengiltizamkan diri dengan perjuangan yang suci ini ketika saya di bangku universiti. Hari ini pun saya masih lagi belajar memahami dan bekerja untuk memaknakan perjuangan Islam ini.

Ketika Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang dikarang oleh Riduan Md Nor. Buku mengenai kisah hidup Tuan Guru. Saya ralit membaca buku itu kerana saya berasa tenang dengan peribadi dan ketokohan Tuan Guru seperti yang digambarkan.

Saya turut mengikuti Ucapan Dasar Presiden selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 malah saya baca berulang-ulang kali untuk menjiwai intipati ucapan itu. Apa yang saya dapat rumuskan ialah hanya Islam yang akan menyelesaikan masalah manusia terutamanya di Malaysia ini. Tidak ada walau satu masalah pun yang tidak boleh ditangani oleh Islam sebagai agama Allah.

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini. Saya yakin!

Ungkapan Tuan Guru

Sebelum muktamar hati saya sedih melihat pimpinan PAS. Saya tidak mahu ceritakan mengapa saya sedih sebab saya tidak tahu siapa yang paling benar pada percakapannya. Tetapi, semuanya ini berlaku kerana ungkapan Tuan Guru mengenai Kerajaan Perpaduan. Sebahagian pimpinan mengatakan Tuan Guru tidak cerdik politik. Sebilangan yang lain menegaskan Tuan Guru berjiwa besar bak Sang Negarawan.

Hanya Allah Maha Mengetahui hati-hati mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah ini. Media pula menggembar-gemburkan pelbagai isu yang keluar dari setiap bibir pimpinan PAS. Bukan sekadar media perdana, bahkan media alternatif. Sehinggakan yang tulen menjadi kabur, terang berubah gelap.

Tuan Guru yang disegani.

Saya yakin ramai lagi ahli seperti saya gundah melihat perkembangan ini. Tambahan, apabila pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sering bercanggah dengan Tuan Guru. Bahkan, media melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebut boneka Umno dalam PAS yang ingin menjual parti Islam ini kepada Parti Nasionalis.

Sedih. Saya benar-benar sedih. Benarkah ada orang-orang ini dalam parti yang mulia ini? Saya percaya Tuan Guru sudah menerangkan berkali-kali mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pintu rundingan

Hari ini, saya membaca tulisan Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif, Pengarah Penyelidikan PAS mengenai idea politik tersebut. Segar hati saya. Apa yang saya faham adalah Kerajaan Perpaduan bukan tahalluf siyasi antara PAS dan Umno. Tetapi, PAS membuka pintu rundingan dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan krisis politik, ekonomi dan kebejatan rakyat yang melanda negara.

PAS mahu mengajak Umno, KeADILan, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah kerajaan asalkan meletakkan al-Quran dan As-Sunnah sebagai tunjang. Mesti Islam sebagai asas pembentukan.

Tuan Guru yang dikasihi.

Saya merayu pada Tuan Guru, bertemu matalah dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Saya tahu Tuan Guru seorang yang setia. Malah, apa yang saya dengar, Tuan Guru akan berpeluk dan mencium dahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila bertemu. Bermuqabalah dan bermuzakarahlah dengan beliau.

Saya sendiri melahirkan rasa terkilan apabila kenyataan beliau terlalu keras seperti pemimpin yang tidak pernah maklum mengenai Kerajaan Perpaduan. Hanya Tuan Guru yang boleh menasihatinya. Leraikanlah kekusutan beliau.

Bertemu Husam Musa

Saya mohon sebagai pemimpin yang besar jiwanya, bertemulah dengan Dato' Husam Musa. Bincanglah dengan dia mengenai perkara ini dan dapatkanlah kata sepakat. Walaupun beliau adalah AJK PAS Pusat, sebagai pemimpin yang dihormati, Tuan Guru akan terus bersemuka untuk menyelesaikan polemik bersama. Itu adalah cara yang terbaik untuk seorang AJK menghargai dan memahami siapa sebenar dirinya.

Saya juga berharap kepada Tuan Guru untuk memanggil semua komponen parti Pakatan Rakyat.

Beritahulah kepada mereka bahawa Kerajaan Perpaduan ini bukan perkongsian kuasa antara PAS dan Umno. Saya benar-benar memahami bahawa PAS tidak akan mengkhianati persahabatan ini meskipun mereka seringkali membuat PAS sedih. Tuan Guru kena buktikan bahawa betapa mulianya sifat pemaaf dan ibrah di sebalik Sahifah Madinah. Saya yakin Tuan Guru seorang perunding politik yang hebat.

Tuan Guru berilah nasihat yang lembut kepada pemimpin Umno, MCA dan MIC bahawa Kerajaan Perpaduan bukan antara PAS dan Umno sahaja. PAS akan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan negara walaupun dengan parti politik yang kecil. Inilah jiwa Tuan Guru yang besar tetapi seringkali disalahertikan dengan propaganda musuh.

Tuan Guru yang dimuliakan Allah.

Sentiasa bermunajat

Seringkali saya berfikir bahawa Tuan Guru sentiasa bermunajat kepada Allah untuk memandu diri dalam setiap saat. Saya kagum dengan kenyataan Tuan Guru ketika meletakkan Abdul Wahid Endut sebagai calon di Kuala Terengganu meskipun ramai berpendapat pemimpin-pemimpin yang lain adalah lebih layak.

Kenyataan Tuan Guru melegakan hati apabila Tuan Guru menyebut bahawa ini adalah ilham daripada Allah. Saya juga berpendapat begitu. Walaupun idea Kerajaan Perpaduan ini dicemuh, diremeh malah dipertikai oleh sebahagian yang lain, Tuan Guru teruskan niat yang mulia ini.

Hati kecil saya sentiasa beringat bahawa Tuan Guru mendapat petunjuk dan ilham daripada Allah. Sudah pasti petunjuk Allah itu benar walaupun ujiannya berat dan pedih. Tuan Guru, idea revolusi itu selalunya lewat untuk dicernakan.

Mungkin Tuan Guru akan meninggalkan idea ini dalam legasi politik PAS dan Malaysia. Tidak mustahil ia akan diungkap kembali daripada generasi kepimpinan PAS yang lain dan pada waktu itulah gagasan politik ini akan menjadi satu realiti yang sangat mahal harganya. Inilah hikmatullah yang mulia. Hanya optimis dan positif melatari perjuangan Islam ini.

Tuan Guru yang dikagumi.

Saya hanya aktivis PAS yang menghiasi persada perjuangan ini. Tuan Guru adalah inspirasinya. Saya memohon maaf andai kata surat terbuka ini tidak memberikan apa-apa makna buat semua. Tapi inilah rayuan saya.

Inilah luahan saya setelah beberapa kali menangis di hadapan Allah. Tidak ada apa-apa yang saya ingin lafazkan lagi melainkan saya mencintai Tuan Guru kerana Allah Taala.

Saya berbai'ah dengan Allah dan Rasul serta Tuan Guru bahawa saya mewakafkan diri kepada perjuangan Islam yang mulia ini. Doakanlah saya agar tsabat dan istiqamah hingga syahid bertemu Rabbul 'Izzati.

Maafkan saya Tuan Guru. Maafkan saya. Moga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Sang Murabbi yang saya cintai. Ya Allah, bantulah kami. _

Tuesday, May 12, 2009

Apa Akan Jadi Pada 13 Mei 2009?

"Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar."

"Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu."
@@@@@@@@
baca lagi disini:
@@@@@@@@

Ingat Pesan Tok Guru!



Ikut Suka Engkaulah Najib!

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!


YB Nizar MB Perak, Permohonan Tangguh Keputusan Oleh Zambry Ditolak - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.

Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Dato' Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.

Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.

Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.

Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.

Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada pilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.

Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.

Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan. - Harakahdaily

Anakanda Jebat: Tak nak komen apa2 sebab semua perkara ini pasti berlaku. Aturan dari Kuasa Yang Maha Agung. Takbir!

Nizar Mohon Restu Sultan Perak Untuk Bubar DUN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini, berkata beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, untuk memohon restu bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mohamad Nizar berkata, beliau juga akan meminta Exco Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dibubarkan dan mengadakan mesyuarat Exco beliau secepat mungkin.

Katanya, beliau juga akan menggantung Penasihat Undang-Undang Negeri Perak kerana tidak memberi kerjasama selama kemelut pentadbiran itu.

Reaksi Zamry The Balack & The Gang'ster

Zambry, Exco akur keputusan mahkamah.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Zambry dan ahli Exconya akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan bersedia mengosongkan pejabat masing-masing.

Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Zambry yang dalam perjalanan dari Ipoh ke sini untuk menghadiri majlis ulang tahun Umno ke-63, tidak dapat dihubungi.

Zambry terima keputusan, minta rakyat Perak bertenang.
IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytihar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, dengan hati dan fikiran terbuka.

"Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya mengikut lunas undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) serta rakyat Perak supaya bertenang.

Pejabat MB Perak dan exco akan dikosongkan.
IPOH 11 Mei – Pejabat Menteri Besar Perak dan semua Exco akan dikosongkan dalam masa terdekat seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar, pihaknya tidak ada masalah berbuat demikian kerana akur dengan keputusan mahkamah itu.

Anakanda Jebat: Orang Tamak Selalu Rugi, Macam Cerita "Anjing Dan Bayang2". Nak tahu siapa Anjing tu? Mr. Balack lah.

Keputusan Kes Nizar Pulihkan Institusi Kehakiman - Harakahdaily

KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) - "Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini boleh menampung kecacatan yang berlaku dalam institusi kehakiman di negara ini," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berharap kewibawaan institusi kehakiman yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kembali pulih semula.

"Saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Sebaik sahaja mendengar berita itu saya telah menunaikan sujud syukur," katanya dihubungi di sini, petang ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim petang tadi mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 5 Febuari lalu jawatan Nizar dirampas kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak yang diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir selepas tiga bekas Adun Pakatan Rakyat meninggalkan parti lama.

Mahkamah juga memutuskan Zambry dan enam anggota Exconya mengosongkan segera pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Pada penghakiman itu Abdul Aziz berkata, seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap dengan keputusan mahkamah tersebut akan menyelesaikan konflik yang berpanjangan di Perak sejak Febuari lalu.

Ditanya kemungkinan Dr Zambry akan memohon membubarkan Dun katanya, ia terpulang kepada pihak terbabit bagi menentukannya bagi memastikan politik di Perak kembali stabil.

"Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan dalam isu ini.

"Biarlah isu ini berakhir dalam suasana aman dan diterima semua pihak," katanya. - Harakahdaily

Mohammad Nizar Menteri Besar Perak Yang SAH!

KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Anakanda Jebat: Syukur ALHAMDULILLAH! Takbir! Esok semua umat Islam harus berpuasa sunat dan juga solat sunat syukur. Takbir! ALLAHU AKHBAR!

Saturday, April 25, 2009

Hukum Syarak Penentu Status Agama Anak - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 24 April - Penentuan status agama anak apabila ibu atau bapanya memeluk agama Islam perlu dilihat daripada aspek syarak dan perundangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar) berkata, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

''Berdasarkan pada peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak.

''Ini kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah 'parent or guardian' bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud ibu atau bapa atau penjaga,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Wan Mohamad, dalam Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505 memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa mengizinkannya.

''Mengikut hukum syarak pula mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam kerana jika orang yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.

''Hak seorang mualaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan. Kita tidak sewajarnya menganggap seseorang yang memeluk Islam itu bertujuan melarikan diri daripada tanggungjawab,'' katanya.

Anakanda Jebat: Teruskan perjuangan kalian demi menjaga maruah agama ISLAM! Wahai umat ISLAM bangunlah bersama2 menentang KEJAHILAN pemerintah!

100 NGO Bantah Keputusan Kabinet - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 24 April - Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya.

Beliau berkata, ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

''Keputusan Jemaah Menteri bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.

''Walaupun tiada peruntukan khusus dalam enakmen keluarga Islam berhubung perkara itu, kita tetap perlu mengikut keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama wakil daripada lebih 100 NGO Islam di Sekretariat PGSM di sini hari ini.

Mohamad Isa mengulas keputusan Kabinet itu yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

Keputusan itu adalah berdasarkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa khas Kabinet bagi menyelesaikan kes K. Pathmanaban, 40, atau nama Islamnya, Mohd. Ridzuan Abdullah yang bertindak menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh.

Langkah itu telah dibantah oleh ibu kanak-kanak terbabit, M. Indra Ghandhi, 35, yang masih beragama Hindu kerana mendakwa Mohd. Ridzuan berbuat demikian tanpa pengetahuannya.

Setiausaha Agung Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, Kabinet seharusnya mengambil kira pandangan kebanyakan ulama yang secara jelas menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk Islam, maka anak-anaknya mesti menganut agama itu.

Menurut beliau, sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.

''Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah disahkan menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam," ujarnya.

Anakanda Jebat: Masihkah anda ingat perkataan IFC? Persatuan Melayu Kristian? Bukankah dahulu semasa pemerintahan Pak Lah terdapat sebilangan Jemaah Menteri yang menghantar memorandum bantahan berkenaan agama mereka? Bukan seorang dua tetapi boleh dikatakan 2/3 daripada mereka menyatakan bantahan secara terang-terangan. Moga2 ALLAH tidak menurunkan bala kepada kita. Ayuh bangunlah wahai umat ISLAM sekalian!

Bincang Dengan Majlis Mufti - Duo Version

Version Utusan Meloya
IPOH 24 April - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu.

Sambil menyatakan dukacitanya dengan keputusan Kabinet berkaitan isu anutan anak-anak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama, beliau berkata, jika keputusan itu dikekalkan, ia menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

''Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu bukan Islam memeluk Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak itu berumur lebih 15 tahun,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kabinet berhubung isu pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa memeluk agama lain.

Semalam, Kabinet memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan itu merujuk kepada mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya Mahkamah Syariah.

Harussani berkata, agama Islam tidak seharusnya dikorbankan hanya kerana mahu memuaskan kehendak pihak-pihak tertentu.

''Jangan korbankan agama, akidah dan kepercayaan kita untuk hanya melayan atau menyenangkan orang lain dalam perkara ini,'' katanya.

Dalam pada itu, Harussani memberitahu, banyak pihak meminta kerajaan negeri membantah penganjuran program Jom Heboh di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mulai esok.

Bagaimanapun, katanya, program berkenaan dibuat oleh TLDM dan tidak melalui kerajaan negeri.

''Saya tidak bersetuju dengan sebarang program berbentuk hiburan yang melalaikan,'' katanya.

Pada 2004, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Jom Heboh adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak muda.

Version Berita Hari2 Kelentong
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

"Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

"Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

"Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.

"Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru," katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

"Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela," katanya.

Anakanda Jebat: Jangan hangat2 taik ayam sudah...

Anak-Anak Kekal Agama Asal Walaupun Salah Seorang Ibu Bapa Bertukar Agama - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.

"Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Selaras dengan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara akan diarahkan membuat pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan bagi memastikan segala keputusan Kabinet itu dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

Beliau berkata, pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah.

Anakanda Jebat: Sanggupkah kita semua gadaikan agama ISLAM demi memuaskan hati pihak yang lain? Beginilah politik UMNO, sanggup mengadaikan maruah bangsa apatah lagi berkaitan agama ISLAM demi kepentingan mereka. Kenapa bodoh-sombong-bangang sangat sehinggakan tidak mahu berbincang dengan Jemaah Mufti dahulu sebelum membuat keputusan. Jahil sungguh PM kita ni! Apa2 pun TAHNIAH! Kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru ini. Hadiah untuk umat ISLAM Se-Malaysia.

Thursday, April 9, 2009

Azilah & Sirul Dihukum Gantung Sampai Mati - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Azilah, 33, dan Sirul, 37, didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita berusia 28 tahun itu di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 10 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu. - Utusan

Anakanda Jebat: Nampak gayanya "Pengarah Utama" cerikarama ini sudah terlepas begitu saja.

Sekalung Tahniah Dari Anakanda Jebat

Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Kedua-dua Calon Pakatan Rakyat!
Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Saudara S.Manikumar (PKR).
Teruskan Perjuangan Kalian!
Bersedialah Berkhidmat Untuk Rakyat! Takbir! ALLAHU AKBAR!

Friday, February 27, 2009

Kenaikan Tol Ditangguh Hingga Akhir Tahun Ini - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini, kepada akhir tahun, menurut pengumuman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed di Kuala Lumpur. - Bernama

Anakanda Jebat: Korang ni biar betul! Atau gimik untuk pancing undi je nih! Tapi jangan lupa duhai rakyat jelata! Mereka hanya menangguhkannya sahaja. Macam mana sekali pun mereka tetap akan menaikkannya juga. Jangan kita mudah tertipu dengan janji manis mereka ini.

Thursday, February 26, 2009

Kenaikan Tol Bebankan Rakyat: Guan Eng

GEORGETOWN: Kenaikan kadar tol di lima lebuh raya menjelang 1 Mac ini adalah tidak wajar dan akan menambah beban rakyat terutama di tengah krisis ekonomi global semasa, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata sekarang ini bukan masa sesuai menaikkan kadar tol kerana rakyat semakin tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan sudah pasti kenaikan itu akan memburukkan lagi keadaan.

"Kerajaan sepatutnya menunggu keadaan ekonomi kembali stabil atau setahun dua lagi untuk menaikkannya," katanya kepada pemberita semasa mengulas kenaikan tol yang diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad, di sini hari ini.

Mohamad Zin hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selata (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya itu.

Lim berkata sebaiknya Kerajaan Pusat membeli Plus seperti yang beliau cadangkan sebelum ini, sebagai usaha membantu rakyat. - Bernama

Naik Lagi! Kadar Tol Naik 0.68 Sen Hingga 50 Sen

KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tolitu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

"Bagi Plus, kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus( Lebuhraya E1 dan E2) akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen sekilometer bagi kenderaan Kelas 1, bagaimanapun kenaikan itu tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sprint-Kerinchi dan Damansara Link, kadar tol dinaikkan antara 30 sen dan 50 sen bagi kenderaan kelas satu manakala bagi Akleh, kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

"Kadar tol di Lebuhraya Besraya dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1 dan bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines berikutan Plaza Tol Salak Jaya ditutup pada 24 Februari lalu.

Sementara itu bagi Lebuhraya NPE pula, kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kelas kenderaan yang sama," katanya. - Bernama

Anakanda Jebat: Aduhai!Malang sungguh rakyat Malaysia...Kerajaan yang tak berhati perut. Ekonomi dunia meleset tapi mereka sempat lagi mengambil kesempatan dari kesusahan rakyat. Phtui!

Thursday, February 5, 2009

KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri semua 31 ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Anakanda Jebat: Rakyat marhean faham maksud kenyataan di atas? Tamat sudah episod luka bagi Pakatan Rakyat. Usah gentar! PRK-13 masih ada! Takbir! Jadikan pengajaran buat kita semua.

Sultan Minta MB Undur, Nizar Enggan - Mkini

kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.

kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.

Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.

Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.


kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi Tidak Menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

Anakanda Jebat: Sabar bebanyak YB Datuk Nizar! Allah pasti akan menolong orang2 yang dizalimi. Insya-Allah! Takbir!

SOLAT HAJAT UNTUK KEPIMPINAN KERAJAAN PERAK

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT
MENYOKONG
KEPIMPINAN MB PERAK
DATO SERI MOHAMMAD NIZAR
TEMPAT:
STADIUM IPOH, PERAK
TARIKH:
5 FEBRUARI 2009
WAKTU:
7 MLM HINGGA 11 MALM
MULA SOLAT MAGHRIB,
BACA YASIN, SOLAT ISYAK,
SOLAT HAJAT & CERAMAH
TURUT HADIR :
DS ANWAR IBRAHIM
SEMUA MENTERI BESAR & KETUA MENTERI
PAKATAN RAKYAT
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Perutusan Mursyidul Am PAS - Tok Guru

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

Wednesday, January 21, 2009

Hentikan Pekerja Asing Jika Terdesak - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Pekerja asing sepatutnya menjadi kumpulan pertama diberhentikan oleh mana-mana syarikat yang terdesak kesan kegawatan ekonomi global.

Sambil menyifatkan ia adalah tindakan berpatutan, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, terdapat 2.2 juta pekerja asing yang sah dan kira-kira 1.5 juta yang masuk secara haram di negara ini.

Katanya, pekerja tempatan perlu diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan yang dikosongkan oleh pekerja asing di sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

"Pekerja tempatan yang telah diberhentikan perlu berusaha bersungguh-sungguh menghadiri kursus profesional atau melengkapkan diri dengan menambah nilai kemahiran masing-masing.

"Mereka juga harus digalakkan untuk menceburi bidang keusahawan dan perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan mengenai jangkaan 200,000 pekerja bakal diberhentikan berikutan kesan kegawatan ekonomi global.

Jumlah itu lebih sekali ganda daripada kes pemberhentian 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi melanda rantau Asia pada 1998.

Menurut statistik terkini Kementerian Sumber Manusia, seramai 15,000 pekerja telah diberhentikan sejak pertengahan tahun lalu manakala 45,000 lagi akan diberhentikan buat sementara waktu menjelang sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kayveas berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan secara serius untuk memperluaskan skim latihan kemahiran secara percuma kepada pekerja yang diberhentikan.

Katanya, peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta untuk tujuan itu dijangka tidak mencukupi sekiranya dibandingkan dengan jumlah pekerja yang bakal diberhentikan.

Anakanda Jebat: Dasar ekonomi kerajaan BN sememangnya jenis kapitalis. "Kera dalam hutan disusukan tapi anak dirumah dibiar mati kelaparan". Demi menjaga 'survivor' ahli2 korporat yang keparat dan juga cekik darah warga pekerja kilang seperti kami amnya. Hanya warga kilang saja yang tahu hal2 seperti ini. Tiada siapa memperdulikan nasib kami. Walaupun kami penyokong setia Pakatan Rakyat. Beginilah nasib golongan pertengahan seperti kami.

200,000 Diberhentikan Kerja Hanya Ramalan MEF - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Tiada bukti kukuh, itulah kesimpulan Kementerian Sumber Manusia berhubung jangkaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa 200,000 pekerja di negara ini bakal diberhentikan berikutan kegawatan ekonomi global.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, walaupun menyedari kes pemberhentian pekerja bakal berlaku, pihaknya akan membuat pemantauan bagi mengelakkan angkanya menjadi terlalu besar.

Katanya, berdasarkan maklumat terkini terdapat 15,000 pekerja yang telah diberhentikan sejak pertengahan tahun lalu bagi membolehkan syarikat bertahan tanpa menutup operasi.

“Kementerian hanya keluarkan butiran rasmi berasaskan maklumat yang kita terima dari pihak industri.

“Kenyataan saya sebelum ini bahawa 45,000 bakal diberhentikan perlu difahami, pemberhentian itu adalah sementara sahaja pada musim sambutan Tahun Baru Cina,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anakanda Jebat: Betul ke hal ni palsu? Atau kerajaan BN nak berbohong lagi? Hamba tahu la sebab hamba bekerja di sektor perkilangan. Nasib hamba pun belum tahu lagi. Hamba bimbang sangat2 kerna jikalau nama hamba tersenarai dalam golongan 200,000 ini. Kerajaan BN memang kaki penipu. Ptui!

Harga Gula Naik Bulan Depan? - Utusan Meloya

BUKIT MERTAJAM 20 Jan. – Pengumuman kenaikan harga gula awal bulan depan dijangka tidak membebankan pengguna kerana ia dilakukan secara berperingkat.

“Kita belum putuskan sama ada kekal atau naikkan harga. Sama ada naik harga dengan peratus yang kecil atau besar, ia akan dilakukan berperingkat-peringkat,’’ kata Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, harga pasaran gula pada masa ini ialah RM1.45 sekilogram.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga selaras dengan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harganya.

Menurut beliau, keputusan mengenai perkara tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Kita import gula secara kontrak setiap tiga tahun. Harga gula bagi kontrak baru adalah lebih tinggi berbanding kontrak yang lama, jadi kita sedang kaji mengekalkan harga lama atau menaikkan sedikit.

“Kementerian akan mengumumkannya dalam masa terdekat, mungkin selepas perayaan Tahun Baru Cina,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesihatan dan Bahaya Gula di pasar raya besar Carrefour di sini hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim dan Presiden CAP, SM. Mohamed Idris.

Shahrir berkata, kerajaan terpaksa mengimport gula secara kontrak jangka panjang bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi terutama pada musim-musim perayaan.

Anakanda Jebat: Apa ni bapak menteri? Tak buat keje ke? Atau makan gaji buta? Ptui!

Harga Minyak Kekal (Shahrir) - Utusan Meloya

ALOR STAR 20 Jan. – Harga runcit petrol dan diesel tidak akan diturunkan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menurutnya, ini memandangkan harga purata minyak mentah bagi tempoh dua minggu pertama bulan ini masih di atas AS$43 setong kecuali beberapa hari di bawah paras AS$40 setong.

Tambahnya, kerajaan masih kekal dengan mekanisme penetapan harga minyak di Malaysia iaitu mengambil kira purata harga minyak mentah dunia setiap dua minggu.

“Dari 1 hingga 15 Januari lalu, harga minyak mentah di atas AS$42 setong dan cuma ada beberapa hari ia turun di bawah AS$40,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Besar Alor Star di sini hari ini.

Shahrir mengingatkan, penurunan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada pendapatan Petronas yang menyebabkan kerajaan juga tidak boleh bergantung kepada syarikat itu semata-mata.

“Kita harus terima apabila harga minyak mentah turun, pendapatan Petronas juga jatuh dan kerajaan kena ambil cukai untuk menggantikan pendapatan Petronas.

“Ketika harga minyak tinggi, untung banyak dan kita boleh guna pendapatan Petronas untuk beri subsidi,” katanya.

Sementara itu, Shahrir menjelaskan, kerajaan berpendapat tiada keperluan melaksanakan sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan pada masa ini bagi membezakan penjualan bahan api itu kepada kenderaan tempatan dan asing.

Beliau berkata, ini kerana tiada perbezaan ketara harga minyak di negara ini dengan harga di Thailand ketika ini.

Katanya, keadaan itu sekali gus membantu mengurangkan masalah penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran.

“Apabila harga runcit lebih kurang sama dan tiada elemen subsidi yang membezakan harga minyak, masalah pembelian berlebihan oleh kenderaan asing tidak timbul,” katanya.

Pada Jun 2008, kerajaan mengumumkan pelaksanaan cadangan sistem dua pam itu bertujuan memastikan minyak bersubsidi hanya dijual kepada rakyat tempatan manakala rakyat asing perlu membeli pada harga sebenar di pasaran.

Menurut Shahrir, masalah penyeludupan petrol dan diesel pada masa ini berkurangan dengan ketara selepas penurunan harga minyak mentah dunia.

Anakanda Jebat: Dah pemimpin BN tu memang pemimpin BN la.Takde perubahan langsung walaupun sudah kalah pilihanraya KT baru2 ni. Lantak korang le..bapak menteri woi..!

Saturday, January 10, 2009

Sila Layari Link Terbaru Hamba:

http://jejakanakpalestin.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Prihatin