Tuesday, September 16, 2008

Calon PAS Diisytihar Menang Di Sanglang


KEBENARAN mengatasi kebatilan! Hari ini Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan
Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin (foto) sebagai pemilik sah kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglan Perlis. Pada pilihan raya 8 Mac lalu calon BN Abdullah Hassan diumumkan sebagai pemenang kerusi berkenaan dengan kelebihan undi sebanyak 140 undi.

Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu Hashim membuat petisyen di Mahkamah Tinggi dan mahkamah berkenaan pada 18 Jun lalu mengistyharkan kerusi itu kosong. Berikutan itu Hashim mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan mahakamh itu dan meminta beliau diistyharkan sebagai pemenang sah.

Dengan pengistyaran itu Pas kini mempunyai dua orang wakil di DUN Perlis. Satu lagi kerusi ialah Simpang Empat diwakili Rus’sele Eizan.

Sementara mahkamah yang sama juga pagi ini telah menolak petisyen yang dikemukakan calon BN, Wan Sagar Wan Embong dengan kos terhadap kerusi Manir yang dimenangi oleh Harun Taib.

Wan Sagar membuat petisyen kerana mendakwa berlaku rasuah politik semasa pilihan raya. Mahkamah Persekutuan menolak petisyen Wan Sagar kerana gagal mengemukakan bukti bersabit tuduhannya.

Keputusan hari ini menggembirakan Pas dan keputusan itu adalah sebagai hadiah sempena hari penubuhan Malaysia 16 September.

No comments: