Sunday, September 14, 2008

Sejarah Membuktikan PAS Hanya Alat Mainan UMNO

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti yang meletakkan batu asas kepada penubuhan negara yang mencorakkan dasar Islam dan mengamalkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sebagai petunjuk jalan meneruskan agenda politik parti.

PERLEMBAGAAN AWAL PAS

PAS yang lahir pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini. Tatkala diawal penubuhan PAS, Perlembagaan awal PAS menggariskan empat tujuan, iaitu:-

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

SELEPAS 13 MEI 1969, PAS BERADA DALAM BARISAN NASIONAL

Tragedi 13 Mei 1969 telah membawa satu kesedaran kepada singkap angkuh UMNO yang telah mencari talian hayatnya dengan merayu satu pembentukan gabungan parti baru yang menggabungkan sembilan parti politik iaitu Umno, MCA, MIC, PAS, Perikatan Sabah, GRM (Gerakan), Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PESAKA), Sarawak United Peoples Party (SUPP) dan PPP.

Pengalaman pada tahun 1969 membuktikan UMNO hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila UMNO kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978"

1982, UMNO Berstrategi Mengambil Pengaruh ANWAR IBRAHIM untuk Terus Berkuasa

Pada tahun 1978, PAS telah ditendang oleh UMNO daripada gabungan Barisan Nasional setelah UMNO merasakan kedudukan politik mereka kukuh. Namun, konflik yang ada dalam UMNO di antara pemimpin tertinggi mereka di hujung tahun 1970-an dan di awal tahun 80-an telah menyebabkan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohammad menggunakan helah lama UMNO dengan menggunakan PAS sebagai penyelamat hayat UMNO.

Namun, strategi politik Mahathir tampak berbeza dengan strategi yang digunakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak pada tahun 1969. Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM yang menrupakan satu badan yang berada di bawah naungan PAS telah dipelawa oleh Tun Mahathir untuk menyusup masuk ke dalam UMNO kerana Anwar mempunyai pengaruh yang ramai di kalangan pemuda dan pemudi pada masa itu.

Sebenarnya, pada masa itu, UMNO berjaya menghapuskan seorang bakal Presiden PAS, Anwar Ibrahim daripada menggugat kedudukan UMNO yang baru sahaja bercerai daripada PAS dan Pilihanraya pada tahun 1982 memberi satu makna yang besar kepada kedudukan UMNO untuk bertambah kuat dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Parti UMNO.

1987, UMNO Diharamkan.

Apa yang berlaku di dalam gagasan parti UMNO sering kali mereput dan pada tahun 1987, parti UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Malaysia kerana perebutan kuasa di antara pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Namun, UMNO yang telah diharamkan itu dihidupkan semula oleh Tun Mahathir tanpa syarat... Begitulah bertapa UMNO menggunakan sistem keadilan nasional untuk kepentingan demokrasi UMNO.

1998, Anwar Ibrahim Dipenjara

Pada tahun 1998, apa yang telah dijangka oleh PAS juga berlaku kepada Anwar Ibrahim sebagaimana PAS ditendang daripada Barisan Nasional pada tahun 1978. Anwar Ibrahim dituduh melakukan rasuah dan salah laku seks Liwat pada tahun 1998. Pada awal tahun 1998, surat layang berteraburan di sana sinun menyebarkan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepentingan menjatuhkan Anwar Ibrahim dan memastikan Anwar Ibrahim tidak akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri dengan sengaja di sebarkan kepada semua ahli UMNO dan diletakkan di setiap beg ahli UMNO yang menghadairi Perhimpunan Agong UMNO tersebut. Namun, apa yang pasti, Dalil-dalil tersebut begitu busuk dan tidak releven dan penulisannya juga begitu tidak professional dan tampak jelas konspirasi UMNO yang tidak mahu kelibat manusia yang bernama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana sistem yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim bercanggah dengan sistem UMNO yang korup dan tidak mahu satu pentadbiran yang bercirikan keIslaman di negara Malaysia.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, satu gelombang Reformasi mewarnai sejarah Malaysia dengan kebangkitan rakyat yang marah dengan sistem perundangan Malaysia ala UMNO yang bersifat rimba dan bukannya Demokrasi. Tun Mahathir menggunakan senjata konspirasi yang awalnya dicipta oleh pemimpin-pemimpin lain bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim kerana keengganan Anwar Ibrahim melulusakan sejumlah wang daripada Tabung Petronas kepada Syarikat Perkapalan anak Mahathir yang bankrupt akibat daripada kejatuhan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997.

Apa yang pasti, UMNO masih berjaya dengan strateginya menggunakan PAS ataupun Orang berpengaruh dalam PAS bagi mengekalkan kekuasaan politiknya.

PRU-12, UMNO Hilang Majoriti 2/3 Dalam Parlimen dan Hilang 5 Negeri termasuk Kelantan

Pada pilihanraya Umum ke-12, UMNO mencatatkan sejarah yang paling tragis dalam sistem pemerintahannya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam Parlimen dan telah hilang 4 negeri dan PAS berjaya mengekalkan Kelantan.

Satu politik baru Malaysia menjadi penyebab kejatuhan ini apabila satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat yang mempunyai 3 parti komponen utama daripada PAS, PKR dan DAP bersatu padu telah menyebabkan UMNO dilanda satu tsunami politik yang hampir menghancurkan karier politik UMNO.

Akibat daripada itu, UMNO dan komponen dalam parti Barisan Nasional menjadi kucar kacir kerana kekalahan yang tidak dijangka kerana Barisan Nasional telah menang besar pada PRU-11 lalu, namun, apa yang berlaku pada PRU-12 berlaku sebaliknya umpama langit dan bumi.

Akibat daripada kekalahan ini, UMNO sekali lagi mencari talian hayat mereka yang utama dengan menagih simpati atas dasar nama Melayu kononnya daripada PAS untuk bergabung dalam Pari Barisan Nasional.

Namun, disebalik rasa simpati UMNO ini, strategi yang dimainkan UMNO dengan isu Muzakarah atau Muqabalah telah sedikit sebanyak menggegarkan ahli-ahli dalam PAS sepanjang Muktamar PAS yang diadakan pada Ogos 2008 dan ianya secara professional ditangani oleh tokoh-tokoh lama dalam politik Malaysia dengan hanya bersimpati dengan nasib UMNO, namun bergabung dengan UMNO adalah satu mimpi ngeri yang patut PAS terima.

Apa-apa pun, UMNO masih meneruskan usahanya menagih simpati daripada PAS untuk meneruskan kuasa UMNO demi kerana penolakan Sistem Keadilan Demokrasi dan Perundangan Islam....

Provkasi demi provokasi untuk memecah belahkan gabungan Pakatan Rakyat terus dilakukan dan provokasi murahan yang menyatakan Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO dan menjadi Perdana Menteri melalui UMNO juga dilakukan untuk memecah belahkan kesatuan yang ada dalam gabungan Pakatan Rakyat. Abdullah Ahmad Badawi juga pernah memanggil Anwar Ibrahim selepas 8 Mac, iaitu selepas PRU-12 untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meneruskan agenda kuasa UMNO, namun, ditolak mentah-mentah oleh Anwar Ibrahim dengan menyatakan perbincangan anatara Paklah dan Anwar hanya boleh berlaku sekiranya Haji Hadi dan Lim Kit Siang dipanggil.

Anwar Ibrahim yang telah mahir dengan sepak terajang politik UMNO ini telah muak dan jemu dengan agenda UMNO yang bukan sahaja menipu rakyat namun, menipu PAS dan juga pemimpin-pemimpin politik yang lain.

16 September, UMNO Masih Harapkan PAS

Tarikh 16 September sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia dalam menunggu satu Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat di atas kesedaran daripada beberapa pemimpin dalam Barisan Nasional yang sudah jemu dengan sistem pemerintahan tajaan UMNO ini demi kesejahteraan rakyat dan satu pemerintahan yang adil.

PAS menjadi satu harapan yang terakhir untuk UMNO bagi menyekat tarikh keramat ini menjadi satu realiti kepada rakyat Malaysia.

Namun, apa yang pasti, adakah PAS belajar daripada sejarah lama dan adakah PAS masih menerima rasa simpati UMNO yang hanya mencari kemewahan pada diri sendiri dan menghimpit nasib rakyat yang dibelenggu kemiskinan? Adakah PAS masih terus ingin ditipu UMNO yang selama ini menolak Hukum Al-Qur'an dan Al-Sunnah dengan menaja Bid'ah yang baru dengan jenama ISLAM HADHARI? Adakah PAS juga percaya hanya UMNO yang mampu memerintah Malaysia? Adakah PAS tidak terfikir bahawa UMNO lah yang memurungkan nasib Rakyat Melayu dan memajukan kroni-kroninya sahaja? Lihatlah saja pemimpin-pemimpin atasan UMNO, mereka semuanya daripada kerabat UMNO yang sama? Adakah PAS tidak terfikir? Adakah PAS ingin menipu rakyat? Buangkanlah rasa simpati daripada UMNO demi rasa simpati rakyat Malaysia yang selama ini derita dengan Sistem Pemerintahan UMNO yang kejam dan tidak pernah mengutamakan rakyat, sekiranya ada sekalipun, projek yang mereka lakukan diibaratkan projek ala "ada udang disebalik batu".

UMNO akan menolong rakyat melalui projek-projek di bawah kontrak anak dan menantu!!! Lihatlah projek-projek pembangunan, dikatakan untuk rakyat, tapi, rakyat senantiasa ditipu, kerana keuntungan itu adalah hanya untuk keluarga dan kroni sahaja. Dan semua pemimpin UMNO sama dan menjalankan sistem yang sama...... Adakah PAS terus menerus ingin ditipu oleh makhluk yang bernama UMNO yang berselindung disebalik nama Melayu, padahal merekalah yang menjual harta negara kepada bangsa lain. Lagu Warisan itu sekadar retorik mainan UMNO..... Lihatlah Menara KLCC, siapakah dan syarikat apakah yang ada di dalamnya?????

Sekian, terima kasih.

LAWAN TETAP LAWAN!!!!

http://anak-reformasi.blogspot.com/

Anakanda Jebat: Jalan Lupa Sejarah PAS! Takbir!

No comments: