Saturday, September 20, 2008

Syor Kepada TG Nik Aziz - Wujudkan Badan Siasatan - Kenyataan Che' Gu Pa

1. Saya telah meneliti dan membaca pandangan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan Dato' Mustaffa Ali, lebih mesra dikenali sebagai Che' Gu Pa (CGP). Maka, saya syor agar kalangan pimpinan PAS dapat wujudkan suatu badan khas diketuai TG Nik Aziz dalam rangka memulakan siasatan ke atas sikap dan pendirian Dato' Mustaffa Ali.

2. Khasnya, siasatan itu perlulah menjurus kepada kenyataan Cik Gu Pa di dalam Harakah terkini ini yang menyingkap kegagalan membina kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu.

3. Untuk pengetahuan Tuan Guru, saham saya mungkin ada dalam 1% yang mencadangkan agar diletakkan buat sementara waktu, pandangan orang-orang seperti atasan seperti CGP agar tidak timbul percekcokan lagi sesama mereka.

4. Jika tidak berbuat demikian, warga Harakah mungkin kerap menerima macam-macam bentuk tekanan. Banyak masalah mereka kerap hinggap ke telinga dan menjalar ke wilayah pengetahuan saya.

5. Maka, mungkin mereka termakan nasihat saya itu. Dan, sebab itu saya rasa perlu bertanggungjawab untuk betulkan keadaan. Saya hanya dapat berharap semoga keputusan menyiarkan pendapat Cik Gu Pa itu didorong oleh warga Harakah sendiri dan bukannya melalui idea saya.

6. Banyak hal yang perlu dikaji semula pendapat Cik Gu Pa yang rasanya lebih banyak salah daripada yang betul. Tanpa memandang keseluruhan isi temubual itu, saya cuma ingin memetik 1 hal saja pendapatnya tentang sikap ahli Parlimen yang melompat parti itu.

7. Kata beliau, aksi melompat itu tindakan yang tidak bermoral. Kemudian beliau berkata, kalau kita bermoral, tunggulah pilihan raya kelak. Soalan yang kita ingin majukan kepada beliau, bermoral sangatkah Umno selama ini yang selalu mengintai peluang-mewujudkan percubaan membeli orang-orang kita sendiri untuk berkuasa? Kenapa hal ini beliau lupakan?

8. Apakah beliau tidak nampak hal ini? Atau terlupa atau sengaja buat tak nampak? Bemoralkah Umno dalam PRU yang mengguna undi hantu untuk menang? Itu baru satu isu. Banyak lagi isu lain yang boleh disentuh.

9. Rasulullah bersabda: Al-Hardu khud'ah - perang itu suatu tipu daya dan tipu helah. Dalam konteks perang antara PR dan BN ini, kita sudah masuk ke wilayah darurat dan semua ini menuntut kita melonggar/mengharuskan tipudaya ke atas BN. Tiada salahnya, tiada masalahnya.

10. Sudah berapa kali rakyat kita diperbodohkan BN? Apalah salahnya jika kita memperbodohkan BN? Tetapi, kepada rakyat, kita tak akan bersikap seperti itu. Malangnya, ada kalangan pimpinan PR, khasnya PAS bersikap lunak, lembut dengan Umno tetapi bersikap keras dengan warga Harakah. Ini suatu kesilapan besar!

11. Untuk makluman Tuan Guru, warga Harakah tidak patut dipersalahkan dan saya syor Tuan Guru membuat perjumpaan tertutup bersama mereka untuk memahami masalah-masalah tekanan seperti ini.

12. Harakah, selain menjadi Lidah Rasmi PAS, maka ia juga adalah Lidah Rasmi Rakyat. Usianya dan kekuatan laporannya mengatasi Roket, Suara Keadilan dan lain-lain lidah rasmi milik parti yang bergabung di bawah PR.

13. Che' Gu Pa sepatutnya memberikan lebih banyak ruang kepada warga Harakah untuk berkarya dan berkreatif dan jangan hendaknya diikuti jejak langkah Umno yang mengekang wartawan-wartawan mereka sendiri.

14. Said Zahari, menerusi memoir beliau Meniti Lautan Gelora pernah juga memperihalkan bagaimana teruknya wartawan seperti mereka 'dikerjakan' oleh Umno dan 'Singa Umno' (Ayah kepada Syed Abdul Hamid Albar). Dulu pada masa penjajah, mereka dihormati Umno. Setelah Umno memerintah, wartawan mula dibuli oleh Umno sendiri.

15. Jika sebelum memerintah pun, orang-orang seperti CGP tidak hormat kepada karya dan naluri wartawan untuk mempromosikan kebaikan untuk rakyat semua, maka bayangkan apa yang akan terjadi jika mereka dapat memerintah negara ini kelak. Ini adalah serpihan budaya Umno.

Kata CGP, Tuan Guru seperti ayahnya, betulkah?
16. Dalam kenyataan terbaru, CGP melihat Tuan Guru seperti ayah beliau. Namun, bukanlah suatu jenayah dan kesalahan jika 'ayah' mahu jatuhkan hukuman ke atas anak-anaknya yang nakal dan enggan mengikut aturan dan suara majoriti lalu melanggar ketetapan muktamar lalu.

17. Kepada Tuan Guru, saya berasakan wajar Tuan Guru melihat apa sebenarnya yang telah terjadi ke atas laporan rakan-rakan warga Harakah ini. Warga Harakah tak bersalah. Yang patut dihukum serta diberi pengajaran ialah pihak atasannya yang selalu mengarahkan itu dan ini.

18. Akhirul kalam, saya mohon Tuan Guru mempertimbangkan syor itu.

19. Saya tak bersalah tatkala menulis sebegini sehingga dapat dibuktikan bersalah oleh CGP dan mereka yang sealiran dengannya. Wassalam ...

Sekolah Pemikiran Kg Baru

http://www.detikdaily.net

No comments: