Saturday, September 20, 2008

Kalaulah YB Teressa Kok Itu Melayu?

Kini 2 daripada 3 orang yang ditangkap di bawah ISA baru-baru ini telah dibebaskan. Yang menariknya kedua-duanya berbangsa Cina.Hebatnya politik bangsa Cina. Bukan sahaja dari pembangkang malah dari komponen BN sendiri, iaitu Gerakan dan MCA turut menjadi pendesak kebebasan mereka.

Keadaan ini amat berbeza bagi manusia yang bernama Melayu sekiranya ditahan di bawah ISA.Tiada desakan yang cukup lantang daripada pelbagai pihak yang bernama Melayu.

Yang ada hanyalah beberapa kerat ahli politik Melayu dan sebilangan kecil NGO Melayu.Dalam Parti UMNO hanyalah YB Zaid Ibrahim sahaja yang nampak konsisten menentangnya.

Soalnya sampai bila manusia yang bernama Melayu harus terus menerus diperlekehkan dan dianiaya oleh bangsa sendiri.Sampai bila tahanan-tahanan yang ada di tirai-tirai besi ISA itu hendak dibebaskan.Apakah sampai mereka mati tanpa sebarang bicara ke atas mereka.

Apakah kita mahu dianggap mempunyai sistem perundangan yang begitu lemah sehingga kita tidak dapat menyelesaikan kes-kes seperti ini.Atau apakah kita mahu dunia mengatakan bahawa pihak polis di negara kita lembik dan tidak bermaya menyelesaikan kes tersebut sehingga mengurung mereka bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang Melayu yang mengaku beragama Islam, apakah tindakan itu adil dan diredhai Allah.Ke mana hilangnya pertimbangan akal sebagai seorang muslim.Apakah kita berasakan kekuasaan yang kita ada akan kekal sehingga ke hari kiamat.

Kepada pimpinan kita, keadilan haruslah diberi sama rata,jika YB Teressa Kok dibebaskan atas alasan pihak polis sudah selesai menjalankan penyiasatan maka kaedah serupa perlulah diberikan kepada manusia yang bernama Melayu.Jangan dibiarkan manusia yang bernama Melayu meringkuk di sana bertahun-tahun lamanya tanpa bicara.

Ingatlah doa manusia yang dizalimi sentiasa diterima oleh Allah dan ingatlah azab di akhirat terlalu berat bagi setiap diri kita.Fikirkanlah!

http://www.tranungkite.net/

Anakanda Jebat: Beginilah nasib bangsaku. Sentiasa di tindas oleh bangsanya sendiri. Sekiranya ayahandaku Jebat masih hidup, amukan beliau pasti akan mengemparkan seluruh petala alam.

No comments: