Banyak aku dapat respon dari artikel sesudah subuh 916 - Sesudah Subuh 916 - 'Terbalik'kan gambar Teresa Kok ! (artikel asal [sini] dan aku copy paste kat [sini]). ada yang bagi respon positif dan macam biase, ramai jugak yang bagi respon negative (sebab tak sokong) atas tindakan aku bersekongkol dengan al-banjari menterlabikkan photo YB Teresa Kok...
Aku malas nak jawab panjang lebar (walaupun aku rasa aku akan jawab dengan panjang lebar) asas dan rasional kenapa aku berbuat demikian...
Ada beberapa soalan aku nak tanyakan pada pengomen-pengomen yang berbesar hati meninggalkan komen-komen dan pandangan masing-masing (terima kasih semua).
Apalah agaknya tindakan kita para pendokong gerakan Re4ma-C sekiranya YB Teresa Kok ialah seorang ahli UMNO dan apa pulak pandangan anda sekiranya isu "nasi+telur rebus+timun=makanan anjing" dimulakan oleh seorang ahli UMNO/BN tak kira apa pangkat?
Adakah tindakan dan pandangan anda sama dengan tindakan dan pandangan anda pada YB Teresa Kok ketika ini?
Apakah bilamana aku atau kita yang digolongkan dalam golongan penyokong tegar Pakatan Rakyat maka apa-apa kesilapan dan kesalahan yang dibuat oleh para pemimpin kita perlu kita "buat-buat tak nampak@tak perasan" je?
Apakah ada antara kita cuba membentuk Pakatan Rakyat mengikut acuan UMNO/BN iaitu "pemimpin is ol wes rait and supporter is OKU??? (buta, pekak, bisu)".
Pada aku, aku bebas nak tegur sesiapa pun tak kira hangpa siapa... kalau rasa tak leh tegur atau tak leh nak terima teguran... borang ahli UMNO belambak-lambak dan bersepah-sepah tunggu nak isi je...
Kempen gambar terlabik ini akan diteruskan sampai YB Teresa Kok buat statement mohon maaf atas kenyataan "tak berapa ceredik@bongkak"nya tu... tulong perbetul balik kenyataan bahawa nasi+telur rebus+timun bukanlah makanan anjing... cariklah perumpamaan atau peribahasa lain yang lebih "friendly user" dan dapat diterima semua (boleh refer pada Karam Singh Walia kalau perlu).
Kene ingat, bukan semua rakyat Malaysia punya kemampuan seperti anda dan kenyataan anda walaupun tanpa maksud (tak sengaja) tetap membawa kesan yang kurang baik.ramai yang merasa terhina dan rendah diri dengan kenyataan anda.
Errr... ade gambar sesape lagi yang nak kene terlabik???
http://www.perisik-rakyat.com/
Anakanda Jebat: Hamba pun turut menyokong dengan sepenuh jiwa akan perkara ini. Makanan rakyat jelata yang marhean jangan diperlekeh2 kan. Pemimpin jangan terlalu angkuh & bongkak setelah dipilih oleh rakyat jelata. Lembutkan lah lidah untuk memohon maaf sekiranya terlanjur kata.
Monday, September 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment