Saturday, September 20, 2008

Persengketaan Kaum, Politik dan Ideologi - Dimana Penghujungnya?

Sudah sekian lama sejak PRU tempoh hari kita dihimpit berbagai isu yang menelanjangkan Malaysia di mata dunia.Perbezaan ideologi ini digunakan semaksimum mungkin oleh mereka2 yang ingin sekali melihat Malaysia berpecah atas dasar kepentingan politik dan kaum masing2. Alangkah mundurnya rakyat kerana melihat isu2 ini dari sudut tau skop yang amat kecil atau 'narrow' tanpa mampu berfikir lebih matang.

ISU PERKAUMAN @ TUNTUTAN KAUM

dipetik dari Malaysia-Hariini.com

Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata:

"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."

Terjemahan - Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara.

Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.] - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39.

UCAPAN PRESIDEN MIC merangkap MENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories?

In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."

Terjemahan - Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

Jika jika lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.

Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."] - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60.

Apakah natijah daripada kenyataan ini? Ini menunjukkan bahawa orang Melayu melakukan pengorbanan yang terbesar dengan memberi kerakyatan kepada lebih sejuta kaum imigran yang datang ke sini.

Kesannya kaum Cina dan India menerima hak pendidikan, keselamatan, peluang pekerjaan, peluang ekonomi dan yang paling penting peluang untuk mengundi dan menentukan arus kepimpinan negara ini bersama-sama orang Melayu.

Mari bersama kita fikirkannya..

Ini semua sudah cukup menjawab atas segala perseteruan kita sesama kaum selama ini.Kenapa kita harus bertelagah andai sebuah kemakmuran dan kedamaian yang diimpikan untuk anak2 di masa depan?CUKUPlah...kita mampu mengubahnya...ubah pemikiran dan lupakan persengketaan kaum.Ahli2 forum haruslah mempunyai sentimen kebangsaan dan lebih menghormati sesama kaum dalam mengutarakan pandangan masing2..

SITUASI POLITIK

Apa yang hendak dikatakan lagi?Apa yang harus diubah lagi andai sudah tersurat dan ternyata BN kekal memerintah.Maaf,saya bukan pro-kerajaan mahupun pembangkang.Tapi apa yang diimpikan oleh anak2 muda seperti saya ini hanyalah sebuah kehidupan yang makmur dan sejahtera dengan berlatarbelakangkan ekonomi teguh yang dijana oleh kerajaan.Untuk apa kita terus bersengketa dikala ekonomi dunia makin merudum?

CUKUPlah,berhentilah mencaci sesama kita atas perbezaan ideologi politik.Mulakan kembali rutin harian hidup kita seperti sebelum PRU.Sesungguhnya demam PRU telah kebah dan usahlah biarkan ia membuat kita merana.Lupakan 16 September,Lupakan permainan Sumpah agar anak bangsa kita dapat kembali hidup tengang dang makmur.Akuilah keputusan PRU tempoh hari.Sesengguhnya kita mampu mengubahnya...

Ikhlas dari luahan yang terbuku dari seorang mahasiswa kecil Melayu Malaysia....

http://www.tranungkite.net/

Anakanda Jebat: Fikir2kan lah...

No comments: