KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata penahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin bertujuan menjaga keselamatan serta ketenteraman rakyat negara ini dan tiada lagi tangkapan akan dilakukan pada masa sekarang.
Beliau berkata, tindakan ISA diambil selepas polis berpuas hati dan percaya hanya melalui akta berkenaan dapat meredakan keadaan dan ketegangan yang tercetus.
Polis kelmarin menahan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng mengikut ISA.
"Polis mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan. Selepas kita pasti itu cara terbaik, barulah kita bertindak. Ini penting untuk menjaga ketenteraman negara ini.
"Undang-undang tidak mengira siapa, sama ada wartawan dan editor. Mereka yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan keresahan dan kegelisahan sehingga boleh menggugat keselamatan negara akan ditahan menggunakan akta sama," katanya pada sidang media di Bukit Aman yang penuh sesak dengan wartawan di sini, petang semalam.
Syed Hamid berkata, sebagai sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, setiap kenyataan yang dikeluarkan perlu mengambil kira sensitiviti dan perhubungan di antara kaum.
Pada sidang media itu juga beliau mengesahkan pembebasan Tan kira-kira jam 2.30 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, selepas polis berpuas hati dengan soal siasat yang dijalankan.
Tan ditahan di rumahnya di Taman Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam kelmarin.
"Tindakan menahan wartawan itu adalah untuk menyoal siasat beliau berhubung artikelnya yang mendakwa bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan berbau perkauman.
"Kita juga dapat maklumat, wartawan itu menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali dan ini menyebabkan kita menahannya bagi memastikan keselamatannya terjamin," katanya.
Raja Petra dan Teresa akan terus ditahan mengikut ISA sehingga siasatan selesai.
Mengenai Raja Petra, Syed Hamid berkata, beliau ditahan selepas polis mendapati artikel penulis blog berusia 58 tahun itu menyentuh sensitiviti perkauman.
Katanya, Raja Petra sudah dinasihatkan dan diberi amaran berulang kali supaya menghentikan penyiaran artikel seumpama itu, tetapi tidak diendahkan.
"Penahanan Teresa pula berhubung komennya yang tidak sensitif mengenai laungan azan. Kita tidak boleh campur tangan dalam mana-mana upacara atau amalan keagamaan," katanya.
Ditanya mengapa Ahmad tidak turut ditahan, beliau berkata, Ahmad sudah menerima hukumannya selepas digantung daripada memegang sebarang jawatan dalam parti selama tiga tahun.
Polis juga sedang menyiasat Ahmad berikutan aduan dibuat beberapa pihak sebelum ini.
Beliau bagaimanapun, menafikan tindakan menggunakan ISA ada kaitan dengan khabar angin penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini.
"Kita juga berasakan tidak ada keperluan mengisytiharkan darurat memandangkan keadaan di dalam negara masih terkawal," katanya.- Berita Harian
Anakanda Jebat: Pelik sungguh akta ISA ini. Pandai pulak ia pilih bulu. Mengapa Mamak Penang yang mencetuskan kekecohan perkauman tidak di tahan?. Sungguh pelik & ajaib kan?

No comments:
Post a Comment