Monday, September 22, 2008

Sekadar Ingatan: Makanan Anjing - posting Pak Bakaq

Jarang sangat saya siarkan komen yang maki hamun orang lain. Kalau hampa maki aku, kata aku anjing la, nak kena masuk neraka la, aku siarkan. Kata kat aku tak pa. Kata kat orang, kalau teruk sangat, saya tak siar.

Tapi dalam posting ini, saya siarkan semua posting memaki hamun Teresa.

Saya sebelum ni tak berapa tau. Tetapi hari ini saya dah mula tau. Bila kita maki hamun orang, akan terangkatlah darjat bangsa kita, akan terjawablah semua kritikan, persendaan dan penghinaan terhadap agama kita.

Mohamed Hanipa Maidin pernah memberitahu saya bahawa beliau pernah membaca dalam buku tulisan Ayatullah Murtaza Mutahhari bahawa Imam 'Ali 'a.s. yang dikasihi pernah berkata, "Lebih banyak kritikan terhadap Islam, lebih baik baginya (Islam)".

Saya yakin, maksud Imam Ali ialah apabila lebih banyak Islam dikritik, lebih banyaklah peluang untuk umat Islam menjawabnya dan memberikan gambaran yang sebenar tentang Islam. Sebab itulah ada hadith Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi yang mewajibkan Muslimin dan Muslimat menuntut ilmu.

Malangnya, selama ini saya tak tahu bahawa cara menjawab semua itu ialah dengan cara memaki hamun orang lain seperti yang diajarkan dalam komen-komen di bawah posting ini.

Dengan maki hamun itu juga, barulah saya dapat belajar bahawa kita mesti mengamalkan sikap memilih-milih (selective) untuk membela orang tertindas, dianiaya dan dizalimi. Selepas ini, saya akan hanya membela orang-orang seperti bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail sahaja jika mereka tertindas, dianiaya dan dizalimi.

Merekalah pembela bangsa dan agama yang setulennya.Kalau orang-orang yang bersekongkol dengan PKR dan DAP, walaupun dari kalangan ahli dan penyokong PAS yang saya sokong, saya tidak akan bela. Malah, saya akan maki mereka cukup-cukup sebab mereka bukan orang seperti Mat Bukit Bendera.

Posting asal:

Dalam Buletin Utama TV3 tadi, Teresa Kok bahawa makanan yang diberi kepada beliau seperti makanan anjing (lihat juga berita Malaysiakini "Kok tells of her seven days under ISA" dan "Dijamu 'seperti makanan anjing'"). Saya pun tertanya-tanya, menatang apa tu? Teresa lalu menceritakan beliau diberikan nasi, telur rebus dan sepotong dua timun.

Saya lalu teringat makanan yang diberikan ketika saya berada dalam lokap dahulu. Barangkali lebih sedikit dari tujuh lapan jemput nasi, ikan temenung (ikan kembung) separuh busuk yang digoreng (kat kampung saya dipanggil ikan medak) dan dua potong timun yang tua bangka dan sudah bersarang.

Saya tak kisah sangat. Saya makan ja. Masa kecil-kecil dahulu, setelah pak kembali ke pangkuan Kekasihnya (s.w.t.) dan pendapatan mak pula teramat ciput, lebih kurang itulah makanan kami sekeluarga (Makan minum ketika disoalsiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, alhamduliLlah, sangat baik manakala layanan pula professional dan berhemah. Sinar!!)

Kalau makanan anjing pun, maknanya saya dibesarkan dengan makanan anjing (Nanti sat, kalau selepas ini ada tukang komen yang nak kata lagi perangai aku macam perangai anjing, itu hampa punya pasai).Ketika saya mula mendengar kata-kata Teresa tentang makanan anjing, terasa hati juga saya. Kalau makan nasi dengan telur rebus, itulah makanan yang membesarkan saya. Kadang-kadang tak dak lauk nak makan, kami makan nasi dengan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng lauk. Terasa juga seperti makan nasi dengan lauk walaupun hanya makan nasi dengan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng lauk (Mungkin dianggap lebih teruk dari makanan anjing, tetapi itulah makanan kami).

Memang, pada mulanya terasa hati juga. Tetapi, memikirkan bukan semua orang yang hidup dengan makanan anjing dan bukan semua orang dibesarkan dengan makanan anjing, saya tak salahkan Teresa. Saya tak kisah.

Saya tak cerita semua ni free-free sahaja. Saya harap kemiskinan seperti yang saya lalui dan makanan anjing yang saya makan memberikan keinsafan kepada semua di bulan Ramadhan ini untuk bersedekah setakat mampu kepada orang susah.

Sambung cerita. Saya teringat ketika di dalam lokap. Bila diberi makanan sedemikian, seorang tauke kawan selokap saya berkata, "Abang! Lu keluar nanti lu tulis. Apa ini macam punya makan dia olang kasi. Lu tau ka, lokap punya makan bajet satu hari RM10.70 satu orang. Ini macam punya makan, ada sampai RM10.70 ka satu hari?!

"Saya pun tak tau. Itu pertama kali saya tau.

Kalau dikira-kira, katakan makan pagi RM2.00 termasuk untung pembekal (secawan teh o yang dibungkus dalam plastik dan sebiji roti berinti yang tarikh akhir atau expiry datenya sama dengan tarikh kita diberi roti itu. Pernah berlaku, kata kawan-kawan di dalam lokap, diberi roti yang sudah melepasi expiry datenya), ada lagi RM8.20.

Kalau nasi yang berharga RM4 sebungkus (termasuk untung pembekal), takkan begitu sahaja. Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku.

Bagaimanapun, menurut mereka yang keluar masuk lokap, bukan semua tempat memberi makanan sebegitu rupa. Kalau di lokap Puchong, kata mereka, makanan di situ agak baik - kadang-kadang sambal belacan pun ada. Kalau di lokap Ampang, kata mereka, makanan paginya termasuk mee goreng, bihun goreng atau kuetiaw goreng. Tak kisahlah mee bodoh pun. Sedap jugak.

Paling teruk, kata mereka, di lokap Cheras. Saya tak tahu.

Ah, teringat pula kepada Sheih yang masih meringkuk di dalam lokap. Harap-harap Sheih pandai berkawan di dalam lokap. Memanglah, saya akui. Saya tak suka ditangkap dan disumbat ke dalam kurungan. Tetapi, kalau pandai berkawan, di dalam lokap pun kira ok jugaklah.

Sa lagi, sebenarnya tak payah reman Sheih lama-lama. Kalau panggil dia beri keterangan, saya tak fikir Sheih akan kata, "kawe to se gi!". Mungkin berlari dia akan pergi. Daripada masuk lokap, baik pergi beri keterangan. Polis selalu beritahu saya, "nak buat macam mana, bakaq. Dah prosedur macam ni. Kami terpaksa ikut".

Prosedur? Bagaimana agaknya prosedur kepada Ketua Umno Bukit Bendera yang digantung tiga tahun dari Umno, Datuk Ahmad Ismail?

http://penarikbeca.blogspot.com/

Anakanda Jebat: Hamba bersyukur dengan apa yang ada...

No comments: