Monday, September 1, 2008

Faktor Kemenangan P044: Gerak Kerja Yang Profesional

Lokasi : Seberang Jaya. Markaz PKR. Jalan Siakap.
Disitulah letaknya sebuah bungalow yang dijadikan Markaz operasi PKR. Markaz ini diketuai olih Lawyer Sham...dan Ketua Paca diketuai olih Lady Ma...2 buah bilik khas disediakan untuk lady Ma dan seramai 10 orang tenaga pekerja wanita serta 10 laptop serta 1 photostat machine 1 laminating machine dan 4 buah printer. Mereka terdiri dari pensyarah dan orang orang yang amat berpengelaman. Bagi perayu undi pula semua nya datang dari KL. Gombak,Subang, Subang Jaya,Kulim,Kampung Medan dan Ipoh.Tiap tiap satu team 3 orang...mereka mempunyai 10 team semua nya wanita. Mereka dibekal dengan peta kawasan.Mereka menemu ramah tiap tiap penghuni rumah.Penghuni yang pindah dan penghuni yang mati semua nya di rekodkan.Dan team lady Ma kemudian nya memasukkan ke pengkalan Data pengundi.Sijil mati pengundi juga ada pada mereka.

Bahagian Logistik pula diketuai olih saorang pemimpin PKR dari Sg.Petani. Stok barang makanan, Pakaian ..T Shirt yang jumlah beribu, topi, visor tersusun rapi. Seramai 20 orang ditugas melipat risalah, gambar gambar DSAI surat rayuan dari DSAI, VCD sebanyak 5 jenis diedar ke setiap rumah pengundi.Bahagian Logistik mempunyai sabuah lori dan 2 buah van. lengkap dengan pembesar suara.Semua nya dikendalikan olih anak anak muda.Manakala masakan dikelolakan olih wanita tempatan seramai 6 orang.Susunan kerja mereka amat teratur dan amat rapi.Kawalan Keselamatan pula bertugas pada waktu malam.

Mereka mempunyai 7 Walkie Talkie,Cone,Torchlight baju kalis cahaya.Markaz ini kontrol JDM 5 dan JDM 6.Manakala KADUN pula kontrol Markaz. KADUN di Ketuai olih MP Ampang dan MP Sungei Petani.Semua taklimat taklimat PACA diadakan di KADUN. Sebanyak 3 kali taklimat telah diadakan. Mereka begitu rapi. Petugas PACA yang gagal hadir semua nya dibuang dari senarai.Ketua PACA dibekal nama pengundi, buku panduan SPR,Torchlight. Calculator, 2 batang lilin,lighter. Pencil, pembaris, borang 14,Kad Petugas SPR,dan 5 jenis borang untuk di rekod. Ranjit ada lah Ketua PACA saluran 1 dan dibekalkan dengan sabuah machine untuk mengesan kad pengenalan sama ada kad pengenalan itu original atau pun kad pengenalan tiruan.Sekira nya kad pengenalan tiruan machine akan memberi maklumat terpeinci.

Pada 26 Ogos jam 0600 pagi KADUN telah menalipon Ranjit untuk Solat dan memberi kata kata rangsangan dan nasehat nasehat.Pada jam 7.30 pagi Ranjit hadir ke bilik mengundi dan menyerah borang 13 kepada KTM.Pada jam 7.45 pagi Ranjit persoal KTM kerana dia tidak menampal Notis serta nama nama Calun yang bertanding dipintu masuk tempat membuang undi.KTM nampak bagitu gelabah dan dia akur dengan arahan Ranjit. Pada jam 0800 pagi tong mengundi mula di seal dan Ranjit menurun tanda tangan sebagai wakil kepada DSAI..PKR.Sekali lagi KTM melakukan kesilapan..kerana dia tidak merekod buku buku kertas undi dan jumlah serta no siri kertas undi..sebalik nya dia terus serah kepada 3 orang pembantu nya. Apabila aku tegur dia suruh mereka tunjukkan kertas kepada aku...Sekali lagi aku tegur kesilapan nya.Dia kemudian mengambil semua buku buku kertas undi dan ditunjuk kan kepada aku helai demi helai..bermula dari 001 hingga 050.JDM 5 ada 3 shift. Ranjit shift pertama dan shift terakhir jam 3.00 hingga jam 5 petang.

Apabila kiraan kertas undi bermula semua pintu pintu tempat mengundi ditutup rapat.Ranjit amat berhati hati apabila kiraan di buat.KTM juga cukup bersedia dengan buku panduan kiraan undi. Saluran 1 mempunyai 350 pengundi...BN 97 undi. PKR 153 undi.Akim 1 undi. Undi Rosak 7.Jumlah yang keluar mengundi ia lah 258. Saluran 1 diistihar menang kepada PKR.KTM,wakil BN dan Ranjit yang mewakili PKR telah menanda tangani borang 14. Pada jam 5.45 Ranjit talipon Ketua PACA diluar sana mengenai keputusan. Suara sorak gempita kedengaran dalam HP aku. Kemenangan ini di ikuti pula dari saluran 3, saluran 4 dan saluran 5. Pada jam 7.00 malam saluran 2 diistihar menang. Ini menjadi PKR menang 5 saluran dan BN 0.
Di JDM 6 pula PKR menang 6 dan BN 0. Dengan itu semua saluran di Seberang Jaya dimenangi olih PKR.

DUN Seberang Jaya diwakili olih Arif Shah. Dengan perancangan yang rapi dan susun kerja yang baik BN kalah teruk.Ranjit amat berpuas hati kerana selama 13 hari dan 13 malam bertungkus lumus DSAI akhir nya berjaya masuk Parlimen.Team Lady Ma mengesan sebanyak 750 pengundi telah hilang nama dalam daftar...pada 8 Mach 2008 mereka ada mengundi. Disebuah rumah keluarga Hindu ada 3 orang pengundi melayu. Disebuah Flat ada 86 orang pengundi dan di sebuah Flat di JDM ada seramai 110 pengundi. Berpuluh puluh lapuran Polis dibuat olih PKR atau pun tuan rumah sendiri.Lapuran lapuran ini dibekalkan kepada semua PACA tiap tiap saluran.PKR patut menang dan PKR berhak menang kerana gerak kerja mereka amat professional...Ranjit amat berbangga kerana dapat membantu PKR. Kemenangan DSAI ada lah kemenangan rakyat...SIVAJI the BOSS..salam !

www.politikbanjar.blogspot.com

Anakanda Jebat: Berharap seluruh warga PAS mengambil pengalaman & pengajaran atas kecekapan PKR dalam menyusun strategi pilihanraya. Semoga parti PAS berjaya menakluk seluruh Malaysia. Belajarlah dari yang tahu...!

No comments: